Friday, March 27, 2009

salam to all my beloved readers,

so sorry for not updating my blog. i miss writing, i miss my blog very much.
no other words should i write except for, alhamdulillah, subhanallah allahuakbar.
i am so thankful and grateful that Allah loves me very much,

till then.

Friday, December 12, 2008

Jemputan Walimatul Urus




Dengan penuh kesyukuran dan rendah diri, saya menjemput semua sahabat handai ke majlis walimah saya seperti tertera di atas. Semoga kehadiran kalian akan menyerikan dan memberkati majlis, Insya Allah.

Doakan kami,

"Barakallahu lakuma, wa barak' alaikuma, wa jam'a bainakuma fil khair, wa razaquma zurriyyatan tayyibatan tan fa'ul islam wal muslimin"

Friday, November 28, 2008

[copied from www.muntalaq.wordpress.com]
nukilan di bawah khas utk mereka yang mengakui diri adalah daie, tanya lah diri kita semula, adakah layak digelar daie? peringatan utk semua terutamanya diri ini.


bukan untuk si manja…. !

Pencerahan bukan untuk orang manja

Tarbiyyah bukan untuk orang yang malas.
Dakwah bukan untuk orang yang takut nak bergerak dan mencabar diri.
Tarbiyyah bukan untuk orang yang cepat bosan, lari, lompat-lompat, sekejap down-sekejap up, cepat terasa.
Tarbiyyah bukan bagi orang yang memilih program untuk dia ikuti yang senang dan mudah join, yang penat, bersusah payah elak.
Bukan untuk orang yang mencari tarbiyyah hanya bila terasa diuji oleh tuhan. Kalau tak, batang hidung pun tak nampak.
Bukan bagi yang meletakkan dakwah hanya untuk mencari calon akhawat atau ikhwah sebagai sang isteri dan suami,
-yang join hanya untuk meminta tolong teman-teman pencerahan bila dia dalam kesusahan.
Tapi kesenangan dan kelebihan yang dia dapat, tak share pun dengan orang lain.

-yang cepat mengalah,

-yang meletakkan mabit, qiamullail, daurah, dan tathqif dalam diari hanya selepas ditolak dengan semua agenda dan upacara-upacara ‘penting’ yang lain.
-yang hanya pandai cakap (dan menulis), tapi amal kosong
-yang hanya tahu compare jamaah itu dengan jamaah ini, yang boleh mengkritik dan menilai harakah ini dan itu.

Dakwah bukan untuk orang yang ikut liqa’ hanya kerana nak disebut sebagai ahli dalam harakah ini dan itu, jamaah ini dan itu.
Dakwah bukan untuk orang yang tak boleh diberi tugasan last minute.
Dakwah bukanlah untuk orang yang tak nak keluarkan duit, infaq di jalan Allah.
Dakwah bukan untuk orang yang tak boleh sesekali tidur lewat, terpaksa berjalan jauh.
Dakwah bukan bagi orang yang kalau ada program untuk ikut terlibat, mesti naik motokar besar dan mewah, yang air-cond, dan laju. Yang tak nak naik bas, public transport, dan yang kena berpeluh-peluh.

Tarbiyah bukan untuk orang yang kena contact dan info dia setiap masa tentang perkembangan terkini sedangkan dia kena macam boss, hanya tunggu information.
Pencerahan bukan bagi mereka yang hanya nak berkawan dengan orang berduit dan berharta, yang hidup mewah, dan mengelak berkawan dengan orang susah, miskin, dan pakai comot.
Dakwah bukanlah untuk orang yang setiap masa dan ketika, kerja nak beri alasan ini dan itu. Penat, mengantuk, susah, banyak kerja, keluarga tak bagi keluar.

Tarbiyyah bukanlah segala-galanya. Tapi segala-galanya bermula dengan tarbiyyah.
Tanpa anda, orang yang sering beralasan ini, dakwah akan terus berjalan. Islam akan tetap berjaya. Ummah akan tetap terpelihara.

Cuma tanpa pencerahan,
Tanpa tarbiyyah,
Tanpa dakwah
Belum tentu kita akan berjaya di mahsyar nanti.

Tak mengapa. Teruskan hidup anda seperti biasa. Dakwah tak memerlukan anda. Tiada siapa pun yang rugi tanpa kehadiran anda.
Berbahagialah seadanya.

Saya menghitung diri.
Terlalu kerap menuturkan.
“saya busy..saya sibuk..saya penat..saya letih..”
Adakah ini petandanya saya terlalu manja?
Ya Allah, tabahkan hamba-Mu.
“amanah ini bukan hak milik, tp anugerah dr Nya”

Saturday, November 15, 2008

baitul muslim

semakin banyak baitul muslim yang dibina, semakin dekat dengan kemenangan islam rightfully. baitul muslim sepatutnya menggerakkan dan melajukan lagi dakwah dan tarbiyah kita, moga2 dipermudahkan Nya.

ramai nya yang akan mendirikan baitul muslim disember ini...
barakallahu lakuma!

Friday, October 17, 2008

now it seems that most people have started to blog. if i could still recall, when i was in oz, i was among pioneers whom blog. now, most politicians also blog, teachers, engineers, etc as well.

i blog only when i have extra free time. but, i do prioritize my time to read others' blog first rather updating mine.

salam eid mubarak, maaf zahir batin :)

Thursday, September 04, 2008

Ramadhan oh Ramadhan...

Syukur alhamdulillah, target Ramadhan di tempat kerja untuk minggu ini berjaya dicapai. Tahun ini, perasaan ku menyambut Ramadhan begitu ganjil, lain dari tahun sebelumnya. Mudahan Allah memberiku sesuatu... ameen.

Sunday, August 10, 2008

what motivates u?

sudah lama rasanya saya tak menulis di sini.
been travelling lately, baru sahaja sampai dari Labuan semalam.
semalam, oleh kerana route flight tidak ada Labuan-Bintulu direct, dalam masa sehari, saya berada di 4 tempat berbeza.

Labuan-Kota Kinabalu-Miri-Bintulu


Tapi, syukur alhamdulillah, Allah Maha Mengatur.
di setiap tempat, ada sahaja sesuatu yang berlaku di mana segalanya membuatkan saya sgt2 bersyukur. peristiwa berhadapan dgn seseorang yg ku kenali dan berkeinginan utk mengislahkan diri, berjumpa pula dengan sahabat sefikrah, dan adik yang pernah dididik. adik itu telah membesar, lebih matang skrg :) dan setiap detik yang berlalu cukup bermakna buat diri ini. 1000x syukur.

berbalik kepada tajuk entry kali ini, teringat satu peristiwa lebih kurang sebulan yang lepas. Our division went for a team building activity which i actually was appointed to lead the whole program. one of the activities, were talking about what motivates us to work in MLNG. we splitted into groups, and my group managed to find 10 things that motivate them. ermm, the fact that i led the whole program, had influenced me to become reluctant to participate. haha. so, i become the scriber (or is it scribe? kalau k nora tgk word ni sure dia marah :)). While i was scribing, i was also thinking what actually motivates me to work all this while. to be honest, i could not find an answer to that question at that point of time, memang tak terfikir langsung, then i spoke to my team members that i could not find any. suddenly, one of the members said to me, 'aku tau apa yang motivate ko'. i was quite surprised actually, and definitely keen to know. i asked and the person said, 'agama kau, agama kau yang motivate kau utk bekerja'.

i was speechless, hadith niat came into mind.. and i ponder..

definitely! :) since then, i became more motivated to work.
how about you? what motivates you?



syukur alhamdulillah..
utk apa ya?
utk segalanya...

segala puji milik Mu, Ya Allah