Thursday, October 27, 2005






Syukur Alhamdulillah. Thank you everyone for the prayers. Seems like this is the best for me. Aku redha..

Wednesday, October 26, 2005

Sorry


Lately, my emotion has been quite unstable. A lot of things to think of. Some things came up at the very critical time. I'm sorry to all my friends around me for me can't hide my feelings. I can run but I can't hide. :( This is the time where Allah wants to test my patience and faith towards Him. At first, I became impatient, then after istighfar and fikir baik-baik, I was ok. Kalau kita perasan, dalam banyak-banyak rukun iman, rukun yang ke 6 tu adalah paling susah sekali untuk kita amalkan. Percaya kepada qada' dan qadar yang telah ditentukan. Percayalah bahawa apa yang Allah tentukan, itu lah yang terbaik sama ada itu adalah nikmat atau ujian kepada kita. Ini, bila dah marah2, nangis2, baru nak cakap 'aku redha jer la'. Supposedly, when something bad or good happened, the first thing we do is redha dengan Allah. Kita kena redha dengan gembira dan berbesar hati. Tapi, itu lah yang manusia susah nak lakukan, kan.



Ya Allah tunjukkan jalan kebenaran..
Suburkan jiwa ku dengan keimanan..
Hanya pada Mu Oh Tuhan..
Ku sandarkan harapan...

Tuesday, October 25, 2005




H A P P Y B I R T H D A Y T O N A D I A D E N I S E
have a great one, may Allah guide and bless u always...

Love lots,
salwa

Monday, October 24, 2005

Quick Reminder


Got this from someone..

Jangan harapkan kesenangan di syurga
Jika keselesaan rumah tidak sanggup kita korbankan
Jangan harapkan kebahagiaan di akhirat nanti
Jika keseronokan dunia tidak sanggup kita tinggalkan


Biar susah-susah dulu di dunia, nanti di akhirat kita senang sama-sama..

Fikir-fikirkan lah!

Saturday, October 22, 2005

PROMOTION POSKAD RAYA




Bagi pihak cik Fazz, saya nak promote poskad raya ini, cantik-cantik tau. Bolehlah beli dan anta ke family or friends kat Malaysia. Sesiapa yang berminat, boleh membuat tempahan online ataupun contact Fazz ya. Sekian.

Thursday, October 20, 2005

Cancer vs Healthy



Salam to everyone. The first news I received this morning was when I checked my email. Our PM's dear wife has passed away because of cancer. She has suffered for quite some time I guess. As far as I could remember, last few days, she has been reported in good condition and healthy after having a cancer treatment. It's all Allah's will, kan. And next email I received was from my dad. He also quoted the same thing, in fact, telling me that one of his colleagues' wife has also died of cancer few weeks ago. Besides, one of his staffs has just recently been diagnosed, having a blood cancer. If you notice, all of them are women. Nowadays, serangan cancer has been very common especially among ladies.

Kalau kita tengok, Allah boleh tarik nyawa kita dengan apa cara sekalipun. Accident ke, sakit ke, lemas ke, cancer ke etc. Tetapi, in this case, selagi kita boleh cuba untuk prevent, kita buatlah since prevention is far better than cure. There's a lot of ways in preventing cancer especially observing the food we consume. A good reminder for myself, makan lah sayur banyak-banyak! Salah satu ciri individu muslim pon adalah mempunyai tubuh badan yang sihat. Nak sihat, kena la aware with the food we take, and exercise. Then, baru ada stamina. Boleh buat 'keje' lebih skit. Jom kita jadi lebih kuat dan sihat!

Tuesday, October 18, 2005

Jom Ambil Pengajaran


Saya perolehi cerita ni dari satu blog when I was blog-hopping. Cerita ini mungkin benar, mungkin tidak. Kalau ia direka sekalipun, yang penting kita tengok pengajarannya. Niat mereka mungkin betul, mahu beribadat dan menambah amal, serta mengambil manfaat di bulan Ramadhan ni, tapi cara yang digunakan tidak mengikut syariat Islam. Dari ingin menambah amal, it leads to the other way around. Kita takut bila tiba masa malaikat menghisab pahala dan dosa kita, tengok tengok lebih berat ke dosa. Nauzubillah min zalik. Itu yang kita tak nak, kan. Jom ikuti cerita ni dan ambil yang baik k. Nanti kita sama-sama check balik diri kita sendiri, kalau kita banyak beramal, teruskan. Moga istiqamah sekalipun bukan di bulan Ramadhan. Kalau tak, kita cuba betulkan diri kita, check balik niat kita, dan try to improve and change to the better. Sekiranya kita ikhlas, insyaAllah amalan kita akan diterima. Let's do it together gether k. :)

Lelakiajnabi bersama Teman, serta Kawan, dan Taulan dan orang sewaktu dengan mereka, beria-ia menyambut bulan Ramadhan. Alhamdulillah, masya-Allah! "Mari kita buka puasa dekat rumah Wanitabukanmahram," Teman pun berkata. "Bagus2, kita boleh tarawikh sekali. Kawan menambah, " Buat secara jemaah pahala pun banyak."
Wanitabukanmahram bukan kepalang gembira nak menyambut tetamu. Persiapan buka puasa tak menang tangan nak menyediakannya, bubur hitam, nasi beriani, punch cordial semua ada. Mudah-mudahan banyak pahala, mengundang tetamu ke rumah, bukankah mengundang malaikat juga. Wanitabukanmahram mungkin menghayati salah satu hadith dalam compilataion hadith 40 Imam Nawawi, "sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari kiamat, hendaklah dia memuliakan tetamunya."
Gadisgatal turut membantu, menghamparkan kain saprah untuk letak makanan, boleh buat halaqah duduk bersila sama2 sambil menikmati juadah rezeki daripada Allah. Wanitaajnabiah menelefon Lelakiajnabi, "Kenapa tak datang2 lagi ni, magrib dah nak masuk, tak elok lewat2kan buka puasa, nanti solat maghrib jemaah pun jadi lambat pula," Lebih kurang hampir waktu maghrib, Lelakiajnabi serta Teman, Kawan, Taulan dan orang2 sewaktu dengan mereka sampai ke venue rumah untuk diimarahkan dengan pelbagai ibadat sunat bulan puasa.
Teman berseloroh, "Banyaknya makanan, semoga Allah murahkan rezeki korang." Lalu PC Wanitaajnabiah mengumandangkan azan. Semua orang dah ada kurma di tangan, ikut sunnah Nabi makan makanan yang tak dibakar atas api, dan dahulukan makanan yang manis2. Kawan mendahului dengan baca doa lalu diaminkan bersama2. Doa yang minta barakah pada rezeki mereka, dan meminta dijauhkan daripada api neraka. Gadisgatal memperi nasihat, "Jangan kotorkan saprah ni ye, nak buat alas solat kejap lagi, sejadah tak cukup, ramai pula orang datang nak berjemaah. Sempit rumah ni, takut berselisih pula saff lelaki dan perempuan semasa sembahyang nanti." Semua orang angguk2 sahaja, sambil terus makan juadah.
Taulan mendahului orang lain untuk mengambil wudhuk, serentak dengan itu Wanitabukanmahram pula baru keluar bilik air. Terlanggar pula dengan Taulan, "Awak ni, habis batal air sembahnyang saya tau. Dah kena ambil sekali lagi," Wanitabukanmahram mencebik. Taulan sengih. Usai semua orang bersedia untuk bersolat, Lelakiajnabi beriqamat, Teman menjadi Imam. Sedap bacaannya, tak rugi dia menghafal semasa sekolah. Tajwid semua lengkap, siap taranum 7 lagu. Pernah menang pertandingan musabaqah juga agaknya. Semua khusyuk tunduk bersembahyang.
Selepas solat maghrib jamaie, Gadisgatal bingkas bangun, "Kita makan desert pulak ye, sambil2 dengar tazkeerah, siapa punya turn nak kasi tazkeerah?" Teman tersengih, di tangan ada helaian kertas yang baru retrieve dari internet. Tazkeerah mengenai "fadhilat solat tarawikh malam ke 9". Lelakiajnabi berkat pengalaman pernah belajar dekat sekolah agama agaknya, menegur Teman, "Ni fadhilat2 ni bida'ah kau tau tak." Teman sengih memanjang, "Tak pe lah tak de tazkeerah malam ni."
Sementara tunggu isyak, mereka menjamah dessert, sambil merapatkan ukhuwah, ta'ruf lilin dalam rumah yang memang cahayanya malap2, berkongsi kisah hidup pengalaman lalu. PC mengumandangkan azan lagi. Taulan pula jadi muazzin, semua yang lain akur menyahut iqamat. Lelakiajnabi pula jadi imam. Usai isyak terus tarawikh, ikut nabi 8 rakaat sahaja yang dibuat berjemaah, kemudian witir.
Selesai solat, mereka bersalaman, Wanitaajnabi bersalam dengan Teman dan bertukar2 semua orang sehingga sempat bersalaman dengan semua orang, sama2 mengikhlaskan memohon maaf andai ada salah silap. Bulan baik ni, sama2 cari pahala kata mereka. Taulan bingkas berkata, "Tak de moreh ke?"

Gadisgatal bersorak, "Jom pergi makan aiskrim dekat Lay-Gone". Wanitabukanmahram, "Saya belanja!" Nak dapat pahala lebih katanya, ikut sunnah Nabi lebih banyak bersedekah di bulan puasa. Semua setuju belaka, kopiah tak tertanggal. Berjalan bersama2, secara berjemaah, mengakhirkan malam ke 9 bulan Ramadhan mereka dengan liqa' rapatkan ukhuwah.

Wallahua'lam.

Sunday, October 16, 2005



MISS U

Alhamdulillah, praise to Allah for His nikmat and blessings. I nearly found what I've been looking for. It's US. But, seems like something is missing. Owh, it's still not ALL OF US though. I didn't see you yet. I am missing you seriously.

Saturday, October 15, 2005

Bisikan Malam


It's been a while since I last blogged. At this point of time, tinggalku seorang saja yang masih berjaga bersama Kak Izan yang tekun membuat kerjanya. Yang lain sume sudah syahid. ;) Malam ini terasa sangat lain. Ku rasa sungguh tenang dan gembira. Tidak dinafikan, today was a bit tiring for most of us including me. Walaupun letih (skit jer =p ) babysitting harini, tapi bila ku pulang sahaja ke rumah, disambut oleh senyuman dan tawa sahabat-sahabat, terus hati menjadi riang. Unit 17 makin meriah dengan kehadiran beberapa tetamu malam ni. Alhamdulillah, nikmat ukhuwah yang sangat manis dirasakan sehingga ku akan rasa seperti kekosongan atau kehilangan jika tidak ada orang datang berkunjung, jika tidak kedengaran suara-suara mereka. Datang lagi tau :) Tiba-tiba ku tidak sabar untuk menunggu pagi esok untuk bersahur beramai-ramai. Moga Allah panjangkan umur kami...

Sambil lagu Bisikan Malam (introduced by Fazz) dipasang/diulang beberapa kali, ku ambil sedikit masa ini untuk bermuhasabah diri. Apakah amalan-amalan baik yang ku lakukan pada hari ini? Apakah banyak pahala atau dosa yang ku perolehi? Apakah aku telah menjalankan tugasku sebagai muslim untuk menyampaikan kebenaran atau mencegah kemungkaran sepanjang harini? Apakah aku ada melakukan amal2 sunat selain berpuasa yg diwajibkan? Adakah aku telah berdoa untuk seluruh kesejahteraan umat Islam di seluruh dunia ni? Ku takut sekiranya esok adalah hari Qiamat, adakah sempat untuk ku bertaubat? Peringatan untuk diri sendiri dan semua agar tidak teragak-agak untuk lakukan kebaikan, do it straight away, don't delay anymore. Kadang-kadang, kita rasakan umur ini masih muda, masih mahukan keseronokan, still wanna enjoy so-called life tanpa kita sedari yang hidup kita hanya sementara. Kita tak nak menyesal di kemudian hari nanti, kita tak nak bila kat akhirat nanti, baru mintak kat Allah dan merayu-rayu nak balik semula ke dunia dan beribadat kepadaNya. Jadi, appreciate la masa yang sedikit ini untuk kita sama-sama buat kebaikan. Ada satu potongan hadith Nabi ni berbunyi:

"At evening do not expect [to live till] morning, and at morning do not expect [to live till] evening. Take from your health for your illness and from your life for your death."


Semoga Allah berkati apa yang telah kami lakukan sepanjang hari ini dan juga sepanjang hidup kami..

Bila ku didatangi malam
Gelora perasaan mencengkam dijiwa
Masihkah ada lagi
Dayaku menghindar dari kealpaan
Diterjah berbagai persoalan
Dihujani airmata penyesalan
Bisakah terhapus semua
Segala dosa-noda yang bertakhta

Terangi jalan hidupku
Dengan cahaya kasih Mu
Pimpinlah daku dengan hidayah Mu

Tuhanku...
Di malam syahdu ku merayu
Ampunilah segala dosaku yang lalu
Sujud ku mendambakan keredhaan Mu
Tempatkan daku di dalam rahmat Mu

Tuhanku...
Usah Kau biarkan diri ku
Hanyut terleka, di jiwa dunia membelenggu
Dan aku sesungguhnya pasrah pada Mu
Hidup matiku hanyalah untuk Mu

Ya Allah tunjukkan jalan kebenaran
Suburkan jiwa ku dengan keimanan
Hanya pada Mu Oh Tuhan
Ku sandarkan harapan

[Bisikan Malam: UNIC]

Monday, October 10, 2005

Salam Ramadhan



When I was in lecture just now, I was shocked when the lecturer told us that next week will be our last lecture. Uish, btul ke? Sangat tak percaya yang tinggal few days je lagi approaching final exam. Cepatnya masa meninggalkan kita. Terasa baru saja enrol 2nd semester, tup tup sekarang dah bulan 10. And it's now the month of Ramadhan, the sacred month. The month where amalan kita akan diterima sebaiknya oleh Allah jika kita lakukan dengan ikhlas. The month where we can rebut sebanyak pahala yang kita nak, the month where we can try to achieve the highest takwa, the month where we can strenghten the bond between us, the Muslims especially during iftar and tarawikh prayers. Dalam masa kesibukan mengejar keredhaan Allah dengan menambahkan amal di bulan ini, kita juga disibukkan dengan tanggungjawab as final year students where we have to strive very hard, try to achieve the best result and to graduate successfully. So, we as Muslim and Mukmin, pandai-pandai lah kita bahagikan masa antara kerja akhirat dan kerja dunia, kan ;) Kita tak nak baik sorang-sorang, kita tak nak masuk syurga sorang-sorang, so kita pun kena lah mengajak orang lain baik bersama-sama kita so that boleh masuk syurga bersama-sama.

Hai orang-orang yang beriman, jika kamu menolong (agama) Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu [Muhammad: 7]


Selamat memanfaatkan bulan Ramadhan ya



Sekarang ini juga, musim AGM or pertukaran committee lama dengan yang baru tengah hangat diadakan. Undeniably, most people intend to have roles or positions in any organisation or club. It's a good opportunity to enhance CV/resume and to gain experience. Tapi, kadang-kadang kita lupa bahawa dengan adanya jawatan, ada lah tanggungjawab. Bila ada tanggungjawab, kita wajib lah melaksanakannya. Memegang sesuatu jawatan ini bukan la senang. Banyak tanggungjawab yang dipikul - kita kena niat kerana Allah, kita kena pastikan segalanya dilakukan berdasarkan syariah Islam, kita kena bersikap adil terhadap semua, kita kena jujur dan ikhlas dalam melakukan kerja. Tak senang kan nak lakukan semua tu. Sebab nanti di akhirat, tentulah kita akan disoal sama ada kita buat berdasarkan hukum Allah atau tak. Sebab itu la ada orang yang bila diberi jawatan, dia tolak kerana fikirkan ketidakmampuan melakukan tanggungjawab dengan sempurna.

Last week PQSA had its annual AGM as well as UMNO CLUB OF QLD. I mentioned these two clubs since both, I was involved with. Congratulations to all new committee members! Wishing you all the best in your position. Dengan ini juga, berakhirlah tugas ku sebagai bendahari kelab dan ku harap agar tanggungjawabku terhadap Allah dan manusia telah dilaksanakan dengan sempurna.

"Oh Allah, please forgive me for whatever things I've done wrong. Aku seorang yg sangat lemah... "

Wallahua'lam..

Tuesday, October 04, 2005

Terfikir Sejenak


Salam semua,

Uni sudah bermula. Ini maksudnya tinggal lebih kurang sebulan saja lagi ku akan menghadapi my last final exam in uni. Ini juga bermakna, tinggal dua bulan saja lagi ku akan pulang ke tempat asalku. Adakah aku telah bersedia untuk menghadapi realiti hidup yang lebih mencabar? Adakah ku telah merpersiapkan diriku untuk pulang bekerja di tapak sebenar? Insya Allah, ku akan gunakan peluang dan masa di sini, untuk mencedok sebanyak mana ilmu dan pengalaman untuk ku bawa pulang. Ku akan mantapkan diri ku sendiri agar lebih mudah untuk ku teruskan perjuangan.

Tiba-tiba, ku terfikir sejenak akan apa yang berlaku dalam hidupku akhir-akhir ini. Disebabkan perubahan, ada yang menentang, yang dekat semakin jauh, yang jauh lagi lah jauh. Tetapi, apa yang lebih penting adalah neraca Allah, neraca akhirat. Semoga Allah memberiku petunjuk dan hidayah, semoga apa yang ku lakukan adalah betul di sisiNya dan diredhaiNya.

Apa-apa pun, kita sebagai manusia ni, hanya mampu merancang. Lepas adanya perancangan, kita usaha sehabis baik dan kemudian, kita tawakal, iaitu serah segalanya kepada Allah. Hanya Allah yang mengetahui, natijahnya (hasil) bukan di tangan manusia. Kita tidak ada kuasa untuk menentukan hasilnya, jadi kita serahkan segala keputusan kepadaNya. Yang penting sekarang, USAHA! Jangan mudah putus asa, jangan mudah mengalah, jangan mudah patah semangat, jangan mudah malas!

Monday, October 03, 2005







Wishing my lil bro, Hussin Ali Idris the very best of luck in your PMR.
Break both legs, tau? We always pray for you.
May Allah grant you success.

Saturday, October 01, 2005

Masa Berlalu


Image hosted by Photobucket.com

Sayunya,
'Cuti' ku sudah hampir ke penghujung,
Alhamdulillah,
Masa ku terisi setiap waktu.
Ku tadahkan kesyukuran terhadap Allah,
Di atas keberkatan masaNya,
Banyak perkara dapat dilakukan.

Dari Great Court ke Steele Building,
Mendaki Mount Cootha hingga ke Byron Bay,
Dikunjung tetamu dari city, Newcastle dan Christchurch,
Tersimpul lah ikatan-ikatan hati,
Lebih kukuh lah ikatan ukhuwah yang dibina,
Semua nya dengan satu matlamat yang sama,
Mencari keredhaanNya.

Sebelum berakhir cuti ini,
Sempat menjengah ke Gold Coast,
Ziarahi sahabat baru,
Menonton kebesaran Allah,
Pantai luas tersergam indah,
Ombak besar memukul pantai,
Subhanallah, hebatnya ciptaanNya.


Buat sahabat-sahabatku,
Semoga kita ikhlaskan hati, teruskan perjuangan,
Berusaha mencari keredhaan Tuhan yang Esa,
Semoga persahabatan kita terus diberkati,
Dan masa kita sentiasa dimanfaatkan.

Ingat lah akan akhirat,
Namun, jangan kita lupakan dunia ;)


"Demi masa, Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka yang berpesan-pesan kepada kebenaran dan mereka yang berpesan-pesan kepada kesabaran"
[Al-Asr: 1-3]