Wednesday, December 26, 2007

...tamu borneo '07...

terlalu banyak kenangan manis,
mirip kenangan di Oz..

beberapa peristiwa byk mengajar,
ujian menjadi tarbiyah agar lebih sabar..

bila hati hati berkumpul di bawah matlamat yg sama,
ia ibarat berada di satu tempat yg sgt indah...
namun, kita kembali kepada realiti..
perjuangan harus diteruskan..

sudah sunnah orang berjuang,
berjuang memang pahit...
kerana syurga itu manis....

wahai sahabat, adik2, ikhwah akhawat yg disayangi,
semoga kita terus thabat, menempuh rintangan dan ujian..
ternyata jalan ini memang payah, penuh dgn liku,
namun, yakin lah dengan janji Allah...
moga kita jumpa lagi,
jika tidak di dunia, di jannah insya Allah..

Ya Allah,
Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihiMu,
bertemu untuk mematuhi (perintah)Mu, bersatu memikul beban dakwahMu,
hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syari’atMu,
maka eratkanlah ya Allah akan ikatannya. Kekalkanlah kemesraan antara hati-hati ini. Tunjuklah kepada hati-hati ini akan jalanNya..
Penuhkanlah hati ini dengan cahaya Rabbani Mu yang tidak kunjung malap,
Lapangkanlah hati-hati ini dengan limpahan iman/keyakinan dan keindahan tawakkal kepadaMu. Hidup suburkan hati-hati ini dengan ma’rifat tentangMu……
Jika Engkau mentaqdirkan mati, maka matikanlah pemilik hati-hati ini sebagai para syuhada dalam perjuangan agamaMu. Engkaulah sebaik-baik Sandaran dan sebaik-baik Penolong. Ya Allah, Perkenankanlah permintaan ini..

ikhlas,
salwa_bee;
bintulu-miri-belait-bandar seri begawan-kota kinabalu-kundasang-belait-miri-bintulu