Sunday, February 26, 2006

Many Thanks

Salam everyone, I was so happy.Eventhough yesterday was hectic for me ( a lot of last minute things to settle), I managed to join a small Az-Zahra plus Kimah gathering planned by Fazz. Rabbit was supposed to be with us, but takdir tak menentukannya utk datang. It's ok, ada hikmahnya. Many many thanks to Fazz for your Az-Zahra's piece of art, I will bring it as a frame to Bintulu Insya Allah. Can't believe that within 3 days, I'll be flying again, but a bit nearer compared to Oz. Maybe, this will be last entry before I off to Bintulu.

A few weeks ago, alhamdulillah at last, I managed to meet my tkc close friends except one/two people. Thank you for your continuous support towards my everything. I really2 appreciate you girls!

Till then, wassalam.

Tuesday, February 21, 2006

What We Call As Rezeki


Assalamualaikum dear my blog readers,

Updates?
I know it's been a while sgt2 since I last update my blog. Sorry to some of u, especially Denise, to keep u waiting for my updates. Life in negara sendiri is far far far challenging compared to in OZ. Banyak sgt2 perkara mungkar happened right in front of eyes, sadly di kalangan bangsa sendiri, or lagi lagi sedih, di kalangan orang Islam sendiri. Tapi, we can't give up, teruskan usaha2 membentuk individu Muslim yang baik, dan di samping tu, menghalang diri sendiri utk ditarbiyah dgn anasir2 jahat juga. Ish, saya cakap betul, bahaya sgt2 kalau balik Malaysia ni, tak buat apa or being alone. Cepat sgt boleh leka, entertainment je keliling kita, mmg boleh melalaikan. But, alhamdulillah, Allah kurniakan kekuatan utk saya.

Masalah umat?
Kita anak sulung, of course menjd harapan family. Pelbagai dugaan saya hadapi sebaik saja pulang ke sini. Alhamdulillah syukur, ayah dan mak dah paham ttg matlamat dan keinginan saya, mereka tiada halang utk saya teruskan apa yg saya nak buat. Cuma, dugaan lebih kuat dtg bila salah seorg adik saya turut mengalami masalah sosial or akhlak or maybe more serious than that if I would say. This is not our family's problem, but this is society's problem. Masalah umat yg sgt2 serius sedang berlaku dlm negara kita. Just imagine, they are just in high school, tapi diorg terdedah dgn a lot of unexpected activities kat luar sana. This is what's happening in this so called 'negara maju 2020'. I believe, Malaysia mampu mencapai status tu, tapi mcm mana dengan masyarakat, remaja yang bakal jd future leaders. Negara maju, masyarakat hancur? Skrg ni, i'm in the process to slowly membentuk adik dan kawan-kawannya. And I preach to everyone, especially pemuda pemudi, please think of this masalah umat, and sama-sama lah kita berusaha, sekurang-kurangnya berdoa. Jzkk.

Dear friends,

Kerja?
Alhamdulillah, I've got a job with Petronas already. I'll start work on 1st March officially. Thank you for all the wishes, really2 appreciate that. :) Today, just wanna share with everyone, I was only an average student at university before. My overall result was average. I now own a degree in Accounting (3 years course without honours program). Compared to some other students, ada yang dapat 1st Class Honours, ada yang Dean's List every semester etc. Some people might think, it's unfair for me to get a job earlier than anyone else. Saya pun tak tau on what reason, MLNG (petronas subsidiary that im going to work with) ambil saya bekerja, mungkin interview result, mungkin details in my CV, mungkin result saya, mungkin atas dasar just cekup je sesapa, nak kata network, my dad pon tak kenal anyone there, mungkin rupa paras (well, this happen in reality) I have no idea. BUT, I believe, this is what we call as rezeki. Rezeki dan dugaan Allah kurniakan lain-lain. Ada orang, dia cemerlang kat uni, tu rezeki dia berkat hasil usaha dia dan kehendak Allah. Ada orang, ditimpa dugaan besar dalam family or studies. While for me, rezeki dan dugaan juga buat saya, Allah kurniakan saya kerja agak awal berbanding yg lain, di satu kawasan rural, at Bintulu Sarawak. Saya sangat bersyukur for what Allah dah aturkan. Walau terpaksa tinggalkan family di sini, walau jauh saya dihantar, namun saya pasti ini adalah yg terbaik dr Allah. To all my colleagues who have been offered jobs, CONGRATULATIONS! To brissies, Farid, Wan and Huda, congrats! I also knew that Huda just received the offer letter today. We'll be very far apart, Huda. U'll be here, and I am in Bintulu. But, remember, we always in each others' heart. Ikatan hati yg akan dekatkan kita, insya Allah.

To Fazz, don't worry dear. I will always pray what's best for u, while meantime, gunakan masa utk mantapkan diri, dan settlekan problems family if ada.

To Aishah, dugaan akan menguatkan kita, insya Allah. Moga dikurniakan lebih byk rezeki lagi nanti, anak ramai ke. :)

To Ili, Mynn & Najwa, I wish u all the best too! Doa banyak2, kalian dah usaha yg terbaik, pasti akan tiba masanya insya Allah.

I know, this kerja issue ni, mmg boleh memeningkan sometimes. Dahlah takda income, in fact, ada yang lagi pressure bila kena tanya, bila nak start kerja, dah keje dah? napa tak dapat lagi? etc. Cakap kat diorg semua yg bertanya, Sabarlah..

Sabar is the best word. Sabar akan membuahkan kita keimanan and pahala of course. Besides, akan menguatkan kita to face some other challenges. Jadi, bersabarlah..

To Brissies, esp Leen, Den, Mas, Itot, Shazlin, Fatin and of course Aiza n Dila, perjalanan hidup kita masih jauh. Matlamat hidup kita adalah satu, untuk mencari keredhaan Allah. Jadi, gunakan lah masa, tenaga, wang ringgit, dan pengalaman sementara masih di negara orang, untuk bekerja di jalan Nya. Jadikan ia sebagai latihan untuk jalan sebenar bila pulang ke Malaysia nanti. Jangan takut, jangan gentar, be strong and we in Malaysia always pray for all of you. Pray for us too ok? :D Jalan kita tak ditaburi bunga cantik dan harum, mmg sukar dan berlekuk-lekuk, tapi kita kena kuat dan berterusan, kerana kita akan peroleh ganjaran yg priceless di akhirat sana nnt iA.

Wishing all of you selamat berjuang, and lastly, wanna let u know that I miss Brissies, now and ex A LOT fillah. Salam rindu utk K.Asma and anak2.

Take care everyone.

Monday, January 16, 2006

U P D A T E S



Salam rindu kepada semua..
Balik Malaysia, nak tak nak, kena face juga challenges yang diexpect since kat Brisbane lagi. But, insya Allah, berkat kesabaran dan kebijaksanaan, cabaran pasti dapat diatasi. There's a lot of things happening here since I've came back. Before I forget, I would like to convey my greatest appreciation for those who actually remembered my birthday. I myself actually forgot that that day was my birthday until I received the first sms from my dad. Thank you everyone for the wishes and I really appreciate it. For me every birthday is special. It will make me feeling so grateful that Allah panjangkan umur lagi. And this year, alhamdulillah for being in this world for 22 years. My dad said, number cantik tu. Haha.

Dah jumpa saudara skit, kawan skit, insya Allah akan mencuba untuk berjumpa dgn seramai mungkin.

That's all for now, will update more later.

Wassalam.

Wednesday, December 21, 2005

H A P P Y F A M I L Y








Thank Allah for all my family members are here celebrating my graduation ceremony. It's really nice having u guys around. And tomorrow the real time will come, I will be leaving Brisbane, Queensland, Australia for good :( Sedih memang sedih, tapi banyak kerja yang menanti di sana. Jadi, perjuangan harus diteruskan. Doakan kami terus thabat di jalan ini.. Untuk yang tinggal, selamat terus berjuang juga. I wish everyone all the best, and thank u for everything. Ampun maaf atas salah silap, minta halal makan dan minum saya. Jazakumullah to all. Love all of u.

Thursday, December 01, 2005





Alhamdulillah, I managed to go through the final lap. Thank you very very much for all of your prayers. With usaha, doa dari semua dan tawakal, I am now a graduate. My family is coming to attend my graduation ceremony, insya Allah. And I will be going back home for good soon. Argh, cannot describe what my feelings are right now :(


To class of 2005,

C O N G R A T U L A T I O N S ! !
We've made it!

Friday, November 25, 2005

Warkah Terakhir Buat Adik ku,

Adik tersayang,
Ku kira adik sudah faham akan tugas kita,
Untuk sampaikan kebenaran dan menghalang keburukan.

Ingatkah adik ku,
Bahawa hak dan batil perlu dipisahkan,
Ia tidak boleh disatukan.

Ingatkah jua wahai adik ku,
Bahawa kita hendaklah masuk ke dalam Islam sepenuhnya,
Dalam dunia ini hanyalah ada dua pilihan,
Iaitu Al-Quran atau syaitan,
Akal atau nafsu,
Hak atau batil,
Baik atau buruk.

Cuba ingat kembali akan analogi berdiri di antara dua sungai,
Kita akan nampak sangat buruk jika cuba untuk berjalan dengan dua belah kaki di tebing yang berasingan,
Kita juga boleh lemas atau tersungkur pabila sungai semakin luas,
Buruk kan jalan terkengkang,
Dua-dua pihak akan tertawakan kita :(

tiada pilihan di tengah tengah kan adik,
It's either yes or no?

It's just the time for you to decide, dik..
Sebelum masa mencemburui kita,
Atau sebelum Allah menarik hidayahNya,
Pilih lah antara satu,
Do not delay anymore.

Jika adik perlukan sokongan,
Bantuan dan kasih sayang ku hulurkan.

Walaupun kita rasakan membuat pilihan yang lebih baik itu satu cabaran, satu kesusahan,
Tapi ingatlah adik ku, ganjaran nya sangat besar di sisi Allah.
Jangan takut dengan neraca dunia,
Dengan ejekan orang, dengan pandangan serong,
Apalah ada dengan dunia ni, di akhirat sana lebih bahagia.

Akhir sekali, pilihlah adik ku,
Syurga atau neraka?
Itulah ending kita.....

Wednesday, November 23, 2005




Selamat Hari Jadi ke-21 buat Nurul Nazleen dan Nurul Syahida
Semoga terus tabah dan semangat menempuh perjuangan
Saya doakan kita terus thabat Insya Allah

Monday, November 14, 2005

R I N D U S A N G A T





Pabila ku teringat saat kita bersama
Pelbagai kenangan nan indah menjelma
Kisah suka dan duka
Kita harungi semua
Mengajar kita erti dewasa

Ketika ku berduka
Kaulah penawarnya
Saat ku perlukanmu kau hulurkan
Bantuan tanpa dipinta

Pelangi di awan tinggi
Hujan turun membasahi bumi
Bias cahaynya warna-warna ceria

Mulakan hidup gembira
Usahlah kau berduka
Hilangkan keresahan di jiwa
Lupakan kisah yang lalu
Kita bina hidup baru
Hadirlah ketenangan di kalbu

Bila ukhuwah dibina kerana Allah, berpisah dan bertemu kerana Nya, memang sangat terasa akan kemanisannya. Terasa rindu sangat-sangat kat akhawat semua. Selamat berjuang kepada semua walau di mana pun kita berada. Miss you all fillah.

Friday, November 11, 2005

Try Not To Cry

You, you're not aware
That we're aware
Of your despair
Don't show your tears
To your oppressor
Don't show your tears

Try not to cry little one
You're not alone
I'll stand by you
Try not to cry little one
My heart is your stone
I'll throw with you

'Ayn Jalut where David slew Goliath
This very same place that we be at
Passing through the sands of times
This land's been the victim of countless crimes
From Crusaders and Mongols
to the present aggression
Then the Franks, now even a crueller oppression
If these walls could speak,
imagine what would they say

For me in this path that I walk on
there's only one way
Bullets may kill, bones may break
Still I throw stones like David before me and I say

You, you're not aware
That we're aware
Of your despair
Your nightmares will end
This I promise, I promise

No llores, no pierdas la fe
La sed la calma el que haze
Agua de la arena
Y tu que te levantas con orgullo entre las piedras
Haz hecho mares de este polvo
Don't cry, don't lose faith
The one who made water come out of the sand
Is the one who quenches the thirst
And you who rise proud from between the stones
Have made oceans from this dust

I throw stones at my eyes
'cause for way too long they've been dry
Plus they see what they shouldn't from oppressed babies to thighs
I throw stones at my tongue
'cause it should really keep its peace
I throw stones at my feet
'cause they stray and lead to defeat
A couple of big ones at my heart
'cause the thing is freezing cold
But my nafs is still alive
and kicking unstoppable and on a roll
I throw bricks at the devil so I'll be sure to hit him
But first at the man in the mirror
so I can chase out the venom

Hmm, a little boy shot in the head
Just another kid sent out to get some bread
Not the first murder nor the last
Again and again a repetition of the past
Since the very first day same story
Young ones, old ones, some glory
How can it be, has the whole world turned blind?
Or is it just 'cause it's only affecting my kind?!
If these walls could speak,
imagine what would they say
For me in this path that I walk on
there's only one way
Bullets may kill, bones may break
Still I throw stones like David before me and I say


Currently listening to this song. I was touched. Tetiba teringat saudara-saudara dekat Palestin. Apa kabar mereka agaknya? Sure setiap hari syurga menanti saja kedatangan mereka, para mujahid. Mereka mati kerana berjuang untuk Islam. Kita takkan nak duduk diam je kan? Pilihan hanya dua, hidup mulia atau mati syahid.

Friday, November 04, 2005





Owh, we did raya on Friday actually. Eventhough it's a one day late compared to some places, its still great. An extra day of Ramadhan should be good to everyone :) And now, the exam mode has been turned on. Happy studying people.

To all who will be sitting their finals,

A L L T H E B E S T ! !

Wednesday, November 02, 2005



Thank you for all raya wishes - sms, phone call and kad raya. Insya Allah kami di Brisbane ni akan raya pada hari esok, Khamis. It means that, last night was the last terawikh prayer, today will be the last day of puasa. Ramadhan dah nak meninggalkan kita.. Agaknya, sempatkah kita bertemu Ramadhan seterusnya? Moga amalan-amalan yang kita banyakkan pada bulan ni diteruskan pada bulan-bulan akan datang. Semoga istiqamah ya..


Dear family & friends,

H A P P Y E I D M U B A R A K
Maaf zahir dan batin ya

Thursday, October 27, 2005






Syukur Alhamdulillah. Thank you everyone for the prayers. Seems like this is the best for me. Aku redha..

Wednesday, October 26, 2005

Sorry


Lately, my emotion has been quite unstable. A lot of things to think of. Some things came up at the very critical time. I'm sorry to all my friends around me for me can't hide my feelings. I can run but I can't hide. :( This is the time where Allah wants to test my patience and faith towards Him. At first, I became impatient, then after istighfar and fikir baik-baik, I was ok. Kalau kita perasan, dalam banyak-banyak rukun iman, rukun yang ke 6 tu adalah paling susah sekali untuk kita amalkan. Percaya kepada qada' dan qadar yang telah ditentukan. Percayalah bahawa apa yang Allah tentukan, itu lah yang terbaik sama ada itu adalah nikmat atau ujian kepada kita. Ini, bila dah marah2, nangis2, baru nak cakap 'aku redha jer la'. Supposedly, when something bad or good happened, the first thing we do is redha dengan Allah. Kita kena redha dengan gembira dan berbesar hati. Tapi, itu lah yang manusia susah nak lakukan, kan.



Ya Allah tunjukkan jalan kebenaran..
Suburkan jiwa ku dengan keimanan..
Hanya pada Mu Oh Tuhan..
Ku sandarkan harapan...

Tuesday, October 25, 2005




H A P P Y B I R T H D A Y T O N A D I A D E N I S E
have a great one, may Allah guide and bless u always...

Love lots,
salwa

Monday, October 24, 2005

Quick Reminder


Got this from someone..

Jangan harapkan kesenangan di syurga
Jika keselesaan rumah tidak sanggup kita korbankan
Jangan harapkan kebahagiaan di akhirat nanti
Jika keseronokan dunia tidak sanggup kita tinggalkan


Biar susah-susah dulu di dunia, nanti di akhirat kita senang sama-sama..

Fikir-fikirkan lah!

Saturday, October 22, 2005

PROMOTION POSKAD RAYA




Bagi pihak cik Fazz, saya nak promote poskad raya ini, cantik-cantik tau. Bolehlah beli dan anta ke family or friends kat Malaysia. Sesiapa yang berminat, boleh membuat tempahan online ataupun contact Fazz ya. Sekian.

Thursday, October 20, 2005

Cancer vs Healthy



Salam to everyone. The first news I received this morning was when I checked my email. Our PM's dear wife has passed away because of cancer. She has suffered for quite some time I guess. As far as I could remember, last few days, she has been reported in good condition and healthy after having a cancer treatment. It's all Allah's will, kan. And next email I received was from my dad. He also quoted the same thing, in fact, telling me that one of his colleagues' wife has also died of cancer few weeks ago. Besides, one of his staffs has just recently been diagnosed, having a blood cancer. If you notice, all of them are women. Nowadays, serangan cancer has been very common especially among ladies.

Kalau kita tengok, Allah boleh tarik nyawa kita dengan apa cara sekalipun. Accident ke, sakit ke, lemas ke, cancer ke etc. Tetapi, in this case, selagi kita boleh cuba untuk prevent, kita buatlah since prevention is far better than cure. There's a lot of ways in preventing cancer especially observing the food we consume. A good reminder for myself, makan lah sayur banyak-banyak! Salah satu ciri individu muslim pon adalah mempunyai tubuh badan yang sihat. Nak sihat, kena la aware with the food we take, and exercise. Then, baru ada stamina. Boleh buat 'keje' lebih skit. Jom kita jadi lebih kuat dan sihat!

Tuesday, October 18, 2005

Jom Ambil Pengajaran


Saya perolehi cerita ni dari satu blog when I was blog-hopping. Cerita ini mungkin benar, mungkin tidak. Kalau ia direka sekalipun, yang penting kita tengok pengajarannya. Niat mereka mungkin betul, mahu beribadat dan menambah amal, serta mengambil manfaat di bulan Ramadhan ni, tapi cara yang digunakan tidak mengikut syariat Islam. Dari ingin menambah amal, it leads to the other way around. Kita takut bila tiba masa malaikat menghisab pahala dan dosa kita, tengok tengok lebih berat ke dosa. Nauzubillah min zalik. Itu yang kita tak nak, kan. Jom ikuti cerita ni dan ambil yang baik k. Nanti kita sama-sama check balik diri kita sendiri, kalau kita banyak beramal, teruskan. Moga istiqamah sekalipun bukan di bulan Ramadhan. Kalau tak, kita cuba betulkan diri kita, check balik niat kita, dan try to improve and change to the better. Sekiranya kita ikhlas, insyaAllah amalan kita akan diterima. Let's do it together gether k. :)

Lelakiajnabi bersama Teman, serta Kawan, dan Taulan dan orang sewaktu dengan mereka, beria-ia menyambut bulan Ramadhan. Alhamdulillah, masya-Allah! "Mari kita buka puasa dekat rumah Wanitabukanmahram," Teman pun berkata. "Bagus2, kita boleh tarawikh sekali. Kawan menambah, " Buat secara jemaah pahala pun banyak."
Wanitabukanmahram bukan kepalang gembira nak menyambut tetamu. Persiapan buka puasa tak menang tangan nak menyediakannya, bubur hitam, nasi beriani, punch cordial semua ada. Mudah-mudahan banyak pahala, mengundang tetamu ke rumah, bukankah mengundang malaikat juga. Wanitabukanmahram mungkin menghayati salah satu hadith dalam compilataion hadith 40 Imam Nawawi, "sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari kiamat, hendaklah dia memuliakan tetamunya."
Gadisgatal turut membantu, menghamparkan kain saprah untuk letak makanan, boleh buat halaqah duduk bersila sama2 sambil menikmati juadah rezeki daripada Allah. Wanitaajnabiah menelefon Lelakiajnabi, "Kenapa tak datang2 lagi ni, magrib dah nak masuk, tak elok lewat2kan buka puasa, nanti solat maghrib jemaah pun jadi lambat pula," Lebih kurang hampir waktu maghrib, Lelakiajnabi serta Teman, Kawan, Taulan dan orang2 sewaktu dengan mereka sampai ke venue rumah untuk diimarahkan dengan pelbagai ibadat sunat bulan puasa.
Teman berseloroh, "Banyaknya makanan, semoga Allah murahkan rezeki korang." Lalu PC Wanitaajnabiah mengumandangkan azan. Semua orang dah ada kurma di tangan, ikut sunnah Nabi makan makanan yang tak dibakar atas api, dan dahulukan makanan yang manis2. Kawan mendahului dengan baca doa lalu diaminkan bersama2. Doa yang minta barakah pada rezeki mereka, dan meminta dijauhkan daripada api neraka. Gadisgatal memperi nasihat, "Jangan kotorkan saprah ni ye, nak buat alas solat kejap lagi, sejadah tak cukup, ramai pula orang datang nak berjemaah. Sempit rumah ni, takut berselisih pula saff lelaki dan perempuan semasa sembahyang nanti." Semua orang angguk2 sahaja, sambil terus makan juadah.
Taulan mendahului orang lain untuk mengambil wudhuk, serentak dengan itu Wanitabukanmahram pula baru keluar bilik air. Terlanggar pula dengan Taulan, "Awak ni, habis batal air sembahnyang saya tau. Dah kena ambil sekali lagi," Wanitabukanmahram mencebik. Taulan sengih. Usai semua orang bersedia untuk bersolat, Lelakiajnabi beriqamat, Teman menjadi Imam. Sedap bacaannya, tak rugi dia menghafal semasa sekolah. Tajwid semua lengkap, siap taranum 7 lagu. Pernah menang pertandingan musabaqah juga agaknya. Semua khusyuk tunduk bersembahyang.
Selepas solat maghrib jamaie, Gadisgatal bingkas bangun, "Kita makan desert pulak ye, sambil2 dengar tazkeerah, siapa punya turn nak kasi tazkeerah?" Teman tersengih, di tangan ada helaian kertas yang baru retrieve dari internet. Tazkeerah mengenai "fadhilat solat tarawikh malam ke 9". Lelakiajnabi berkat pengalaman pernah belajar dekat sekolah agama agaknya, menegur Teman, "Ni fadhilat2 ni bida'ah kau tau tak." Teman sengih memanjang, "Tak pe lah tak de tazkeerah malam ni."
Sementara tunggu isyak, mereka menjamah dessert, sambil merapatkan ukhuwah, ta'ruf lilin dalam rumah yang memang cahayanya malap2, berkongsi kisah hidup pengalaman lalu. PC mengumandangkan azan lagi. Taulan pula jadi muazzin, semua yang lain akur menyahut iqamat. Lelakiajnabi pula jadi imam. Usai isyak terus tarawikh, ikut nabi 8 rakaat sahaja yang dibuat berjemaah, kemudian witir.
Selesai solat, mereka bersalaman, Wanitaajnabi bersalam dengan Teman dan bertukar2 semua orang sehingga sempat bersalaman dengan semua orang, sama2 mengikhlaskan memohon maaf andai ada salah silap. Bulan baik ni, sama2 cari pahala kata mereka. Taulan bingkas berkata, "Tak de moreh ke?"

Gadisgatal bersorak, "Jom pergi makan aiskrim dekat Lay-Gone". Wanitabukanmahram, "Saya belanja!" Nak dapat pahala lebih katanya, ikut sunnah Nabi lebih banyak bersedekah di bulan puasa. Semua setuju belaka, kopiah tak tertanggal. Berjalan bersama2, secara berjemaah, mengakhirkan malam ke 9 bulan Ramadhan mereka dengan liqa' rapatkan ukhuwah.

Wallahua'lam.

Sunday, October 16, 2005



MISS U

Alhamdulillah, praise to Allah for His nikmat and blessings. I nearly found what I've been looking for. It's US. But, seems like something is missing. Owh, it's still not ALL OF US though. I didn't see you yet. I am missing you seriously.

Saturday, October 15, 2005

Bisikan Malam


It's been a while since I last blogged. At this point of time, tinggalku seorang saja yang masih berjaga bersama Kak Izan yang tekun membuat kerjanya. Yang lain sume sudah syahid. ;) Malam ini terasa sangat lain. Ku rasa sungguh tenang dan gembira. Tidak dinafikan, today was a bit tiring for most of us including me. Walaupun letih (skit jer =p ) babysitting harini, tapi bila ku pulang sahaja ke rumah, disambut oleh senyuman dan tawa sahabat-sahabat, terus hati menjadi riang. Unit 17 makin meriah dengan kehadiran beberapa tetamu malam ni. Alhamdulillah, nikmat ukhuwah yang sangat manis dirasakan sehingga ku akan rasa seperti kekosongan atau kehilangan jika tidak ada orang datang berkunjung, jika tidak kedengaran suara-suara mereka. Datang lagi tau :) Tiba-tiba ku tidak sabar untuk menunggu pagi esok untuk bersahur beramai-ramai. Moga Allah panjangkan umur kami...

Sambil lagu Bisikan Malam (introduced by Fazz) dipasang/diulang beberapa kali, ku ambil sedikit masa ini untuk bermuhasabah diri. Apakah amalan-amalan baik yang ku lakukan pada hari ini? Apakah banyak pahala atau dosa yang ku perolehi? Apakah aku telah menjalankan tugasku sebagai muslim untuk menyampaikan kebenaran atau mencegah kemungkaran sepanjang harini? Apakah aku ada melakukan amal2 sunat selain berpuasa yg diwajibkan? Adakah aku telah berdoa untuk seluruh kesejahteraan umat Islam di seluruh dunia ni? Ku takut sekiranya esok adalah hari Qiamat, adakah sempat untuk ku bertaubat? Peringatan untuk diri sendiri dan semua agar tidak teragak-agak untuk lakukan kebaikan, do it straight away, don't delay anymore. Kadang-kadang, kita rasakan umur ini masih muda, masih mahukan keseronokan, still wanna enjoy so-called life tanpa kita sedari yang hidup kita hanya sementara. Kita tak nak menyesal di kemudian hari nanti, kita tak nak bila kat akhirat nanti, baru mintak kat Allah dan merayu-rayu nak balik semula ke dunia dan beribadat kepadaNya. Jadi, appreciate la masa yang sedikit ini untuk kita sama-sama buat kebaikan. Ada satu potongan hadith Nabi ni berbunyi:

"At evening do not expect [to live till] morning, and at morning do not expect [to live till] evening. Take from your health for your illness and from your life for your death."


Semoga Allah berkati apa yang telah kami lakukan sepanjang hari ini dan juga sepanjang hidup kami..

Bila ku didatangi malam
Gelora perasaan mencengkam dijiwa
Masihkah ada lagi
Dayaku menghindar dari kealpaan
Diterjah berbagai persoalan
Dihujani airmata penyesalan
Bisakah terhapus semua
Segala dosa-noda yang bertakhta

Terangi jalan hidupku
Dengan cahaya kasih Mu
Pimpinlah daku dengan hidayah Mu

Tuhanku...
Di malam syahdu ku merayu
Ampunilah segala dosaku yang lalu
Sujud ku mendambakan keredhaan Mu
Tempatkan daku di dalam rahmat Mu

Tuhanku...
Usah Kau biarkan diri ku
Hanyut terleka, di jiwa dunia membelenggu
Dan aku sesungguhnya pasrah pada Mu
Hidup matiku hanyalah untuk Mu

Ya Allah tunjukkan jalan kebenaran
Suburkan jiwa ku dengan keimanan
Hanya pada Mu Oh Tuhan
Ku sandarkan harapan

[Bisikan Malam: UNIC]