Tuesday, October 30, 2007

Salam Eid Mubarak to all Muslims,
hope it's not too late to wish all of you, Selamat Hari Raya Aidilfitri ;)
Maaf zahir batin.

Wednesday, October 03, 2007

Ujian adalah tarbiyyah dari Allah..

Sangat tertarik dengan ayat tersebut. Lately ni, aku dikelilingi dengan sahabat2 yg menghadapi ujian, besar dan kecil. Walaupun ia tidak melibatkan diriku directly, namun, ku turut merasainya seperti cubit paha kiri paha kanan terasa juga. Masya Allah, ujian -ujian yang menimpa orang di sekeliling telah memberi effect yg sgt besar terhadap diri ini. Bermula dengan housemate ku terlibat dengan accident, kawan ku sendiri, akhawat lagi seorang, dan hari ini office mate ku pula. Tidak cukup dengan accident, ada antara sahabat2 masing masing menghadapi dugaan hidup, be it family, kerja, etc.

Kesenangan yang datang
Tak akan selamanya
Begitulah selepas susah ada kesenangan
Seperti selepas malam datangnya siang
Oleh itu waktu senang jangan lupa daratan


teringat lagu nyanyian The Zikr, Kehidupan. Mari kita reflect balik diri kita,sepatutnya kita ucapkan bersyukur kan kerana Allah bg ujian kepada kita, kerana Allah pilih kita, dan Allah sayangkan kita.Allah berfirman, 'Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan mengatakan: "Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi?' [Al-Ankabut:2]

Moga ketakwaan kita bertambah dengan ujian dan dugaan yg ditimpa..
Seorang daie kah kita?

Malam ni, aku terlalu banyak berfikir.. Beberapa persoalan terus menerjah ke kepalaku..

Adakah layak kita mengaku kita seorang daie jika kita tidak mahu mengajak? Adakah layak mengatakan kita seorang penggerak jika kita segan untuk mengajak? Adakah layak kita merasakan kita ameerah, naqibah, ketua biro xyz, ketua persatuan islam xyz, ketua lujnah xyz, jika kita masih memikirkan kesan atau natijah sekiranya kita mengajak?

Nauzubillah min zalik.. Ya Allah, Kau tetapkan la hati2 kami di jalan agama Mu.. Kau berikan lah kekuatan kepada kami yang sentiasa yakin bahawa ini lah jalan kami.. Kau layakkan lah kami untuk berdiri sebaris dengan pejuang2 Islam terdahulu.. Kau jauhkan lah kami dari sifat complacent dan selesa.. Kau redhailah perjuangan kami, yang sebenarnya mengaku sebagai daie...

Ameen..

"Bidang dakwah Islamiah sangat memerlukan saudari muslimat yang menyeru manusia kepada Allah, supaya memainkan peranannya di kalangan puteri bangsanya. Sesungguhnya wanita hari ini, kecuali yang telah mendapat taufik Allah, telah dijadikan boneka oleh musuh-musuh Islam untuk meruntuhkan dirinya dan memusnahkan manusia. Tetapi kita hendaklah menjadikannya sebagai wanita yang salihah yang turut bersama kita untuk memperbaiki yang rosak dan membangunkan yang maaruf dan merobohkan yang mungkar dan menghapuskan yang batil menyokong kemuliaan dan memerangi kehinaan" [Mustafa Masyhur]