Saturday, September 24, 2005

Our Sacrifice

Sacrifice is really hard,
It needs a lot of patience and courage and determination.
But, Allah even asked us to strive hard with our lives.
So, isn't it true that Allah knows what's best for us?
What are waiting for?
Bergerak lah! Berangkat lah! Bangun lah! Berkorban lah!
Ke jalan Nya...

"March forth, whether you are light (being healthy, young and wealthy) or heavy (being ill, old and poor), and strive hard with your wealth and your lives in the cause of Allah. This is better for your, if you but knew"

[At-Taubah: 41 ]
Cuti-cuti Brisbane


Assalamualaikum semua, fuh, sungguh cepat masa berlalu. Sangat tak sangka tup tup dah musim spring, then musim mid-semester exams, then sekarang tiba-tiba je dah spring break. At last, ada la juga masa yg free from uni. :)

So, what's my plan for this holiday? Yay, we've got some activities to do. Semoga masa terisi dengan aktiviti bermanfaat. Setiap detik masa kita tu ada nilainya, kan. Kalau dalam sehari ada 24 jam, kita muhasabahlah diri kita sendiri, berapa byk masa kita spend utk perkara bermanfaat yang membawa amal, dan boleh mendapat pahala, dan berapa byk masa kita terbuang begitu saja atau membuat aktiviti yang tidak membawa amal. Check la balik iman masing-masing...

Kepada para daie, ingat lah bahawa cuti ini adalah masa untuk kita bekerja. Masa ini lah kita kurang rehat, kurang makan, kurang lepak, kurang berada di rumah sendiri, kurang tidur.. In fact, ini mmg ciri-ciri seorang daie pun, kan. Bukan masa cuti saja. Tanggungjawab menanti kita di depan mata. Mungkin ramai yang memerlukan kita tanpa kita sedari. Jadi, peringatan utk saya sendiri.. Kurangkan lah rehat, kurangkan lah lepak di rumah sendiri, kurangkan lah makan, kurangkan lah tidur, kurangkan lah uzlah fizikal.. Kesimpulannya, kurangkan lah membuat aktiviti yang hanya libatkan diri sendiri.

Semoga cuti ku ini terisi dan diberkati Allah... Semoga setiap detik masa yang berlalu itu bermanfaat... Semoga kita dapat mencapai matlamat yg satu iaitu mencari keredhaan Allah.



Thursday, September 22, 2005

22.9.2005


There are many people who are celebrating their birthdays today. Wishing these people a very Happy Birthday. I love all of you very much.

My Mum - Pn Maziyah Hj Hassan
My bro, Hassan Soleh Idris
Sarr
Ipok
Aiya

Wednesday, September 21, 2005

Lalala..

Image hosted by Photobucket.com

Mu'az says: Makcik Salwa, blaja bebetul tau! Makcik nak graduate hujung tahun ni,kan? Tengok ni, Mu'az pon nak blaja gak. Kita blaja sama-sama ok?



"SALWA, WALAUPUN KITA ADA BANYAK TANGGUNGJAWAB, JANGAN LUPA UNTUK TUNAIKAN HAK BADANMU, HAK BUKU, HAK PETRONAS DAN HAK KELUARGAMU DENGAN SEPENUH HATI. BUAT SEHABIS BAIK, K?"

Friday, September 16, 2005



I MISS MY FAMILY! :(
Tribute to these people..

Image hosted by Photobucket.com
Uhibbuki Fillah



Nurul Syahida a.k.a Rabbit yang telah pulang ke tanahair semalam. Selamat menempuhi pengalaman baru di tempat baru. Moga tabah hati tak berbelah bahagi.

Az-Zahrah yang sentiasa bersamaku, membimbingku. Terima kasih di atas nasihat, kasih sayang, care and love from all of you. Semoga kita terus tabah menempuh dugaan dunia dan terus berusaha mencari keredhaan Allah..

Penduduk Darus-Saadah yang always cheer me up, bersabar dengan kerenahku.. u all are my precious. May Allah bless us always..

Nadia Ibrahim who always be besides me to be my shoulder to lean on and be my best listener. Going to miss u..

Azrin Azis whom never fail to remember me. walau jauh beribu batu, tetap sabar dan berada di sisiku ups and downs. Can't wait to see you girl..

Huda Bint who always layan my bebelan via messenger, who listens patiently, who always keep me happy and be with me whenever I'm sad. U always made my day.

Adik-adik CS (Aiza & Dila) yang saya anggap macam adik saya sendiri. You girls remind me of my siblings. Thank you for your care.

Semua sahabat seperjuanganku di seluruh Australia.. Moga Allah memberkati usaha kita.

To all my friends (tak sempat nak list semua) tak kisah walau di mana kalian berada, Aussie, Jepun, Malaysia, UK, States, Ireland, Egypt, Russia.. all of you will always be in my heart, Insya Allah.

I pray that Allah will bless our ukhuwah and will remain strong till we meet again in Jannah.. Amin..

Wednesday, September 14, 2005

Emosional nye harini..



Alhamdulillah, pagi ini saya bangun dan terus ceria. Bersyukur sangat sebab memperolehi nikmat tidur yg tak terbayar harganya. Dah tercover tidurku yang tak menentu gara-gara nak siapkan assignment dan menunaikan hak-hak badanku. In fact, terlebih cover sampai termiss tazkirah subuh pagi tadi :(

Ku jalan ke uni bersama sahabatku dengan gembira. Banyak kisah-kisah yang dikongsi, maklumlah, lama tak bersama. ;) By the way, pernah tak kalian menghadapi peristiwa 'backstabbing'? Selama ini, saya ingat dalam drama-drama melayu je menda ni berlaku. Tidak ku sangka, peristiwa ni akan ku hadapi in my life. Ku terima ini as dugaan dari Allah yang mentakdirkan backstabbing happened around me. Sebenarnya, memang tak dapat kusangkal, hati ini sangat sedih. Ku sangat terluka kenapa ada orang yang sanggup berbuat camni kepada orang yang dia kenali malah telah bersama for years. Tak ku sangka, ku mengalirkan air mata dalam class maths tadi bila terkenangkan balik dialog kami. Harap no one perasan.. ;) Hati ini pilu.. sangat pilu.. malah terluka dan tercalar. Semoga Allah tenangkan diriku sentiasa..

"Bersabarlah dan tiadalah kesabaranmu itu melainkan dengan pertolongan Allah dan janganlah kamu bersedih hati terhadap mereka dan janganlah kamu bersempit dada terhadap apa yang mereka tipu helahkan"
(An-Nahl:127)



Sekarang, saya berada di computer lab. Ambil masa kejap nak baca blog kawan-kawan. Secara tak sengaja, air mataku mengalir sekali lagi kerana sangat terharu.. Alangkah terharunya bila ku baca blog seorang sahabat ku. Ku rasa sangat bersyukur kerana memperolehi sahabat seperti kalian yang memahami dan menyayangi diriku. Moga Allah kuatkan hati-hati kita dalam menempuh dugaan, dan kuatkan ikatan persahabatan kita walau kita jauh di mata..

Menitis airmataku keharuan
Kepada sebuah pertemuan
Kehadiranmu mendamaikan
Hati yang dulu keresahan..

Syukur sungguh di hati ini
Dikurniakan teman sejati
Menunjuk jalan dekati-Nya
Tika diri dalam kebuntuan..

Monday, September 12, 2005

Sepotong Berita

Yang di-Pertuan Agong Tuanku Syed Sirajuddin Syed Putra Jamalullail menggesa umat Islam supaya mengamalkan ajaran Islam sebenar dengan berpandukan Al-Quran dan hadis bagi meningkatkan kualiti hidup. Seri Paduka bertitah umat Islam perlu menjadi umat yang berupaya mencipta kejayaan di masa depan dan memartabatkan semula keagungan insan berpandukan Al-Quran. click here for more

Datuk Seri Najib Tun Razak menggesa umat Islam menjadikan al-Quran sebagai `perlembagaan hidup' sekiranya mahu melihat kebangkitan semula zaman kegemilangan Islam. Menurut Timbalan Perdana Menteri, ini kerana kitab suci itu adalah teras bagi umat Islam. click here for more



Wah, dua orang pemerintah negara mengatakan perkara yang sama dalam hari yang sama. That's a good news. So now, what's next? Macam mana pulak nak sedarkan rakyat especially golongan pemuda?

Friday, September 09, 2005

JOM TENGOK NI

Image hosted by Photobucket.com

Khaulah binti Azur- salah seorang daripada para mujahidah. Sangat kagum dengan semangat dan keberanian dia. Just imagine, she's one of the tribe dari pasukan tentera Islam yang berlawan dengan tentera Rom. She's a she! Kalau nak tau cerita dia lagi dalam bentuk komik, sila click sini. Untuk peminat komik, sila berkunjung ke laman web tu ya. Sangat best dan menarik. Saya yang tak suka baca komik or any animation pon jatuh hati dengan semangat dia. Happy reading! Jangan lupa ambil pengajaran tau. ;)




Wednesday, September 07, 2005


Image hosted by Photobucket.com

Angin...kau nyanyikan lagu...
Untuk permataku...tenang selalu...
Bayu...sampaikan berita...
Daku kini ceria...aman dan bahagia...




7 Sept: Wishing you Happy 22nd Birthday, Miss Huda Hijriah. Moga terus tabah di jalan ini dan terus istiqamah. All the best ok?



Loving you,
salwa_bee



::Not to forget, Selamat Hari Lahir to K.Nini (melb) which is today. Miss u lots!

Tuesday, September 06, 2005

Jom Review Sejenak

"Dan tolong-menolonglah kamu dalam mengerjakan kebaikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pencerobohan. Dan bertakwalah (takutlah) kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat berat seksa-Nya"

[Al-Ma'idah: 2]


It is very clear stated in the Quran, Allah asked us to help each other and contribute in doing good deeds while prohibited us to do vice versa. For example; contoh yang paling simple: Kita tahu kan yang kita diharamkan daripada minum arak or anything memabukkan, tapi, bagaimana pulak if we work as a waiter for a restaurant and it serves beer? We still can't do that because we are not allowed to do anything associated with arak sebab jelas arak tu haram dan ayat di atas tu suruh kita jangan tolong-menolong berbuat dosa. It applies to any other context. Tak kisah la dalam apa jua bentuk dosa atau maksiat atau perkara mungkar pon, kita dilarang dari memberi apa jua bentuk sumbangan atau pertolongan tak kisah la dari segi bantuan apa-apa pon; fizikal, kewangan, support etc.

Kadang-kadang, manusia ini mudah lalai. Jadi, itu lah tujuan kita hidup bersama-sama, untuk ingat-mengingati antara satu sama lain. I'm not perfect, i make mistakes, this applies to myself too. Jom reflect diri sendiri hari ini, banyak tak pahala kita dapat atau dosa yang terlebih? Muhasabah la diri masing-masing.. Semoga Allah ampunkan dosa-dosa kita dan jom la berusaha melakukan perkara yang disuruh dan tinggalkan perkara yang dilarang... Amar ma'ruf, nahi mungkar..

Sunday, September 04, 2005


Wishing Nur Ili Zuhair Amdan a very Happy 21st Birthday. May Allah bless you always. All the best herein and hereafter.


Image hosted by Photobucket.com



Love lots,
salwa_bee

Saturday, September 03, 2005

Satu Hari Dalam Hidupku


Pagi ini,
Aku tenang ke dewan peperiksaan.
Ku bersyukur kerana Allah permudahkan.

Tengah hari ini,
Aku lega..
Kerana ku telah berusaha untuk tidak menambah dosa.
Tetapi ku takut,
Kerana ku rasakan diri ini bersubahat,
Moga Allah ampunkan dosa ku.

Petang ini,
Aku terkilan..
Jika tidak dikawal,
Ku pasti menitiskan air mata.
Kerana tarikan nafsu lebih kuat dari tarikan iman,
Aku sedih,
Mungkin usahaku belum cukup,
Ingatlah wahai diri ini,
Allah memandang usaha, bukan natijah.

Lewat petang ini,
Aku excited,
Tidak sabar..
Untuk menantikan peristiwa yang ku nanti-nantikan.
Meraikan dua orang sahabat,
Yang seorang dipanjangkan umur,
Yang seorang akan dipisahkan dari kami.
Kedua-duanya sungguh bermakna di hati ini.

Malam ini,
Aku gembira dalam kesedihan,
Bersama-sama sahabat seperjuangan..
Berbicara dari hati ke hati,
Ucapan perpisahan untuk seorang sahabat,
Dituturkan dari setiap seorang.

Lewat malam ini,
Aku bersyukur,
Kerana ramai insan yang menyayangi..
Yang memahami...
Ku rasa sungguh rugi,
Jika tidak bersama kalian.

Alangkah indahnya..
Jika persahabatan kita berkekalan.
Insya Allah,
Kita niatkan persahabatan kerana Allah,
Akan diberkati dan diredhai Nya..


From bottom of my heart,
si-nahl



-------------------------------------------------------------------------

Image hosted by Photobucket.comImage hosted by Photobucket.com
Image hosted by Photobucket.comImage hosted by Photobucket.com


Kenangan bersamamu..
Takkan ku lupa..
Walau badai datang melanda...
Walau bercerai jasad dan nyawa....