Saturday, September 03, 2005

Satu Hari Dalam Hidupku


Pagi ini,
Aku tenang ke dewan peperiksaan.
Ku bersyukur kerana Allah permudahkan.

Tengah hari ini,
Aku lega..
Kerana ku telah berusaha untuk tidak menambah dosa.
Tetapi ku takut,
Kerana ku rasakan diri ini bersubahat,
Moga Allah ampunkan dosa ku.

Petang ini,
Aku terkilan..
Jika tidak dikawal,
Ku pasti menitiskan air mata.
Kerana tarikan nafsu lebih kuat dari tarikan iman,
Aku sedih,
Mungkin usahaku belum cukup,
Ingatlah wahai diri ini,
Allah memandang usaha, bukan natijah.

Lewat petang ini,
Aku excited,
Tidak sabar..
Untuk menantikan peristiwa yang ku nanti-nantikan.
Meraikan dua orang sahabat,
Yang seorang dipanjangkan umur,
Yang seorang akan dipisahkan dari kami.
Kedua-duanya sungguh bermakna di hati ini.

Malam ini,
Aku gembira dalam kesedihan,
Bersama-sama sahabat seperjuangan..
Berbicara dari hati ke hati,
Ucapan perpisahan untuk seorang sahabat,
Dituturkan dari setiap seorang.

Lewat malam ini,
Aku bersyukur,
Kerana ramai insan yang menyayangi..
Yang memahami...
Ku rasa sungguh rugi,
Jika tidak bersama kalian.

Alangkah indahnya..
Jika persahabatan kita berkekalan.
Insya Allah,
Kita niatkan persahabatan kerana Allah,
Akan diberkati dan diredhai Nya..


From bottom of my heart,
si-nahl



-------------------------------------------------------------------------

Image hosted by Photobucket.comImage hosted by Photobucket.com
Image hosted by Photobucket.comImage hosted by Photobucket.com


Kenangan bersamamu..
Takkan ku lupa..
Walau badai datang melanda...
Walau bercerai jasad dan nyawa....

No comments: