Friday, May 30, 2008


bisikan malam membuatkan aku percaya bahawa hidayah milik Allah


Bila ku didatangi malam
Gelora perasaan mencengkam dijiwa
Masihkah ada lagi
Dayaku menghindar dari kealpaan
Diterjah berbagai persoalan
Dihujani airmata penyesalan
Bisakah terhapus semua
Segala dosa-noda yang bertakhta
Terangi jalan hidupku
Dengan cahaya kasih Mu
Pimpinlah daku dengan hidayah Mu
Tuhanku...
Di malam syahdu ku merayu
Ampunilah segala dosaku yang lalu
Sujud ku mendambakan keredhaan Mu
Tempatkan daku di dalam rahmat Mu
Tuhanku...
Usah Kau biarkan diri ku
Hanyut terleka, di jiwa dunia membelenggu
Dan aku sesungguhnya pasrah pada Mu
Hidup matiku hanyalah untuk Mu
Ya Allah tunjukkan jalan kebenaran
Suburkan jiwa ku dengan keimanan
Hanya pada Mu Oh Tuhan
Ku sandarkan harapan


lagu ini (bisikan malam-unic) apabila didengari semula pasti membawa diriku rasa penuh kekesalan. rasa berdosa kepada Allah. apatah lagi, perbualan ku dengan ayah ku tadi, membuatkan ku berfikir seribu kali. adakah aku sengaja melupakan keluarga sendiri? adakah aku secara langsung mengabaikan hak hak mereka? ya, aku percaya, aku pernah mencuba, telah berusaha, dan sedang terus mencuba. mungkin taktik ku kurang berkesan. ku fikir, dengan keluarga, susah sangat untuk menggunakan perkataan, lalu ku ingin tunjukkan dengan perbuatan. namun, ia mungkin kurang berkesan. ada juga ku ingat ingat, ku sebut dan kongsi beberapa kali dengan mereka, mungkin sekali lagi, kurang berkesan. maaf kepada semua kerana gagal.

tapi, ku teringat kan kisah beberapa akhawat di sekelilingku, yang mengatakan mereka susah untuk fahamkan keluarga, kerana sudah sekian lama kita hidup bersama, barangkali, agak sukar untuk menerima perubahan diri kita. tapi, do not give up sisters. kalau Allah nak bagi hidayah, Allah bagi dengan apa cara sekalipun, di mana jua. alangkah baiknya jika kita menjadi asbab kepada hidayah Allah kepada seseorang.


ku bersyukur sangat sangat, kerana adik ku sendiri bertekad ingin berubah. walaupun asbabnya adalah bukan daripada ku sendiri, namun ku bersyukur sangat2. dia ingin berhijrah ke arah kebaikan, dan meninggalkan jahiliyah. astaghfirullah, terlalu banyak jahiliyah dalam diri aku satu ketika dahulu. moga moga, proses sayonara jahiliyah ku telah betul betul selesai. ya Allah, bantu lah aku sekiranya ia masih ada sisa sisa karat jahiliyah dalam diriku. moga moga Allah berkati usaha mu dik. jangan lupa untuk niatkan kerana Allah. kerana ingin cari redha Nya, ingin dapatkan syurga Nya.


tak tau mcm mana nak gambarkan perasaan ini. bersalah, gembira, bersyukur. aku percaya, setiap yang berlaku pasti ada hikmah Nya. kenapa bukan aku yang menjadi asbab kepada perubahan adik ku sendiri? kerana Allah said so. Dia sudah tetapkan sedemikian takdir Nya. Hah, aku rasa, mungkin perasaan ku sekarang, seperti mana Rasulullah dapat tahu Saidina Hamzah mendapat hidayah kot :)


wallahua'lam.

Tuesday, May 27, 2008

Assalamualaikum,

Ku baru terima satu sms tadi. Bercampur baur perasaan ku, gembira, sedih, risau, takut, it's a mixed feeling. Jauh di sudut hati, terasa sayu ingin ku tinggalkan tempat ini. Tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat dididik dan mendidik. Namun, ku akan move forward to mulakan langkah ku untuk mencuba, memohon dari pihak berkenaan. Bila sampai masanya, aku yakin Allah akan mentakdirkan aku berada di situ. Komik di sebelah boleh didapati di http://www.senikehidupan.com/. Teringat kan adik2 UPM ARJ apabila membaca komik gambar terakhir. Ia tentang ithar. Setakat mana kefahaman kita tentang ithar, ataupun melebihkan sahabat lebih dari diri kita sendiri, itu lah tahap tertinggi ukhuwwah. Moga kita dapat mencapai status ithar sentiasa sepanjang masa. Selamat berithar!

Monday, May 26, 2008

Alhamdulillah, satu program remaja telah selesai dilaksanakan dengan berjaya semalam. Ku kira, ini adalah achievement untuk organiser, ikhwah akhawat, terutamanya adik2 didik ku. Mereka ternyata makin matang, bijak untuk mentackle hati adik2 baru, dan lebih bersikap proaktif. Ku tadahkan tangan bersyukur pada Yang Esa, kerana kurniakan nadi nadi penggerak seperti mereka. Moga moga dapat menjadi asbab kepada dakwah di Bintulu terus mekar.

Untuk diriku, kem kali ini ternyata berbeza dari tahun tahun sebelum ini. Kesan nya begitu mendalam di hati ini, adik adik baru memberi kesan yang besar kali ini. Kenapa ya? Adakah sebab mereka manja dengan ku? :) Hakikatnya mungkin hati hati mereka sedang membesar..... Ayuh, jangan lepaskan peluang untuk terus hubungi mereka!

Sunday, May 25, 2008

Nilai persahabatan begitu besar,
Taaruf yang sentiasa berpanjangan...


Dua hari lepas, aku purposely menginvite seorang sahabat untuk makan malam bersama. Ku terasa, hubungan nya dengan sahabat sahabat lain termasuk diriku, ada jurang yang besar. Proses perkenalan bermula. Aku banyak bercerita dari bertanya kerana ku tahu ketidak sukaannya untuk menjawab pertanyaan yang dia tak boleh menjawab. Cerita demi cerita, ku ambil juga kesempatan melontar beberapa persoalan yang mampu dijawabnya (being me yang nakal, hehe) I found out a lot of suprises, ternyata rupanya, ramai yang belum mengenalinya. Aku bersyukur kepada Allah, kerana memberi peluang pada malam itu untuk ku mengenalinya. Ada sesuatu yang mengkagumkan aku kepadanya di mana hanya akan ku simpan di hati ini.

Wahai sahabat, ku pohon maaf jika selama ini, ada timbul perasaan kurang best yang mungkin bisikan syaitan yang dengki apabila melihat sahabat berkasih sayang sesama kita. Ternyata, engkau insan yang unik lagi istimewa.


Cuma pesananku satu buat sahabat, belajar lah untuk menerima setiap kekurangan orang lain, moga dengan itu, kekuatan kita akan bantu untuk menampung kekurangan mereka. Kurangkan la juga benteng ego dalam diri kamu untuk membenarkan orang lain memasuki ke pintu hati mu kerana hakikatnya, mereka sayangkan mu.


Love you, fillah.

Wednesday, May 21, 2008


DMT malam tadi memberi seribu makna. Ku ambil ilham dari KBM baru baru ini, lalu ku aplikasikan nya dalam DMT dan alhamdulillah, ia memberi kesan yang besar di hati sahabati.
Moga Allah kukuhkan ikatan hati hati kami, aku berdoa agar Allah terus memberi kekuatan untuk mereka, meneruskan lagi usaha2 mengislahkan diri dan menjadi pengubah dunia.

ameen. uhibbukunna fillah.

Monday, May 19, 2008

the feeling is bad

antara perkara yang paling saya benci dan jijik melihat adalah apabila seseorang menunjukkan middle finger. bkn setakat benci, tapi perasaan yg juga sedih sebab sanggupnya orang itu tunjukkan jari tengahnya pada kita. what a bad feeling i normally had. sejak balik dari australia, memang lama tak nampak perbuatan sebegitu. rasa syukur juga.

btw, kenangan di jepun masih teringat ingat di hati ini. teringat suasana masyarakat jepun yang begitu bersopan santun, penuh dgn nilai nilai akhlak islami (entry trip to japan akan menyusul nanti!). tiba tiba, hari ini, sedang ku pandu keluar dari smk teknik, pulang dari menghantar seorang sahabat di situ, terserempak dengan sebuah kereta yang agak laju hinggakan hampir2 kami berlanggar, lalu tiba tiba, ku terlihat aksi middle finger yang sangat ku benci itu, diaksikan oleh seorang lelaki yg mungkin berbangsa iban atau melayu di dalam kereta tadi. huhu. sekali lagi, i feel bad.

peristiwa itu membuatku kembali di bumi yang nyata. aku sedang berada di malaysia, bukan di nihon lagi. rindu nya suasana islami ni negara matahari terbit itu...
salwa is back

salam. sudah lama rasanya jari ini tidak menaip entry untuk blog tercinta. rasanya sudah dekat 5 tahun usia blog ini. kalau ku baca semula entry entry sebelum ini, ku kan tersenyum. pengalaman mencuit hati, kenangan pahit manis terutama saat saat bersemangat dalam perjuangan bersama sahabat di oz. ada juga terasa ingin nangis, bila melihat beberapa entry yg menceritakan jatuh bangun sahabat, dan betapa jahilnya aku ketika dahulu. moga Allah ampunkan dosa dosa selama ini.

btw, masih ada lagi ke pembaca blog ini? :) tak apa, ku tetap akan teruskan menulis, selagi ada ilham dan masa mengizinkan. moga moga dapat memberi manfaat kepada semua yang masih setia mengikuti perkembangan ku. sekurang kurangnya, blog menjadi tool utk aku berkongsi beberapa perkara yang kadang kadang lebih sesuai untuk diluahkan di sini. :)