Friday, May 30, 2008


bisikan malam membuatkan aku percaya bahawa hidayah milik Allah


Bila ku didatangi malam
Gelora perasaan mencengkam dijiwa
Masihkah ada lagi
Dayaku menghindar dari kealpaan
Diterjah berbagai persoalan
Dihujani airmata penyesalan
Bisakah terhapus semua
Segala dosa-noda yang bertakhta
Terangi jalan hidupku
Dengan cahaya kasih Mu
Pimpinlah daku dengan hidayah Mu
Tuhanku...
Di malam syahdu ku merayu
Ampunilah segala dosaku yang lalu
Sujud ku mendambakan keredhaan Mu
Tempatkan daku di dalam rahmat Mu
Tuhanku...
Usah Kau biarkan diri ku
Hanyut terleka, di jiwa dunia membelenggu
Dan aku sesungguhnya pasrah pada Mu
Hidup matiku hanyalah untuk Mu
Ya Allah tunjukkan jalan kebenaran
Suburkan jiwa ku dengan keimanan
Hanya pada Mu Oh Tuhan
Ku sandarkan harapan


lagu ini (bisikan malam-unic) apabila didengari semula pasti membawa diriku rasa penuh kekesalan. rasa berdosa kepada Allah. apatah lagi, perbualan ku dengan ayah ku tadi, membuatkan ku berfikir seribu kali. adakah aku sengaja melupakan keluarga sendiri? adakah aku secara langsung mengabaikan hak hak mereka? ya, aku percaya, aku pernah mencuba, telah berusaha, dan sedang terus mencuba. mungkin taktik ku kurang berkesan. ku fikir, dengan keluarga, susah sangat untuk menggunakan perkataan, lalu ku ingin tunjukkan dengan perbuatan. namun, ia mungkin kurang berkesan. ada juga ku ingat ingat, ku sebut dan kongsi beberapa kali dengan mereka, mungkin sekali lagi, kurang berkesan. maaf kepada semua kerana gagal.

tapi, ku teringat kan kisah beberapa akhawat di sekelilingku, yang mengatakan mereka susah untuk fahamkan keluarga, kerana sudah sekian lama kita hidup bersama, barangkali, agak sukar untuk menerima perubahan diri kita. tapi, do not give up sisters. kalau Allah nak bagi hidayah, Allah bagi dengan apa cara sekalipun, di mana jua. alangkah baiknya jika kita menjadi asbab kepada hidayah Allah kepada seseorang.


ku bersyukur sangat sangat, kerana adik ku sendiri bertekad ingin berubah. walaupun asbabnya adalah bukan daripada ku sendiri, namun ku bersyukur sangat2. dia ingin berhijrah ke arah kebaikan, dan meninggalkan jahiliyah. astaghfirullah, terlalu banyak jahiliyah dalam diri aku satu ketika dahulu. moga moga, proses sayonara jahiliyah ku telah betul betul selesai. ya Allah, bantu lah aku sekiranya ia masih ada sisa sisa karat jahiliyah dalam diriku. moga moga Allah berkati usaha mu dik. jangan lupa untuk niatkan kerana Allah. kerana ingin cari redha Nya, ingin dapatkan syurga Nya.


tak tau mcm mana nak gambarkan perasaan ini. bersalah, gembira, bersyukur. aku percaya, setiap yang berlaku pasti ada hikmah Nya. kenapa bukan aku yang menjadi asbab kepada perubahan adik ku sendiri? kerana Allah said so. Dia sudah tetapkan sedemikian takdir Nya. Hah, aku rasa, mungkin perasaan ku sekarang, seperti mana Rasulullah dapat tahu Saidina Hamzah mendapat hidayah kot :)


wallahua'lam.

6 comments:

kejora said...

terima segale ketentuan-Nya dengan penuh kesyukuran...alhamdulillah

sHi said...
This comment has been removed by the author.
sHi said...

dear sys, u r one of the
person that brought me
into this changes.
hang juga adalah asbab bg
kite tuk berhijrah.
thanks to Allah. smoga hang
diganjariNya. syukur alhamdulillah.i feel stronger
coz i know u r beside me.
Allah beside me anytime anywhere.luv u fillah~

Anonymous said...

delighted reading your blog. Make me understand
more about salwa_bee

Anonymous said...

salam ziarah from dublin.. :)

salwabee said...

salam dari bintulu...