Monday, May 26, 2008

Alhamdulillah, satu program remaja telah selesai dilaksanakan dengan berjaya semalam. Ku kira, ini adalah achievement untuk organiser, ikhwah akhawat, terutamanya adik2 didik ku. Mereka ternyata makin matang, bijak untuk mentackle hati adik2 baru, dan lebih bersikap proaktif. Ku tadahkan tangan bersyukur pada Yang Esa, kerana kurniakan nadi nadi penggerak seperti mereka. Moga moga dapat menjadi asbab kepada dakwah di Bintulu terus mekar.

Untuk diriku, kem kali ini ternyata berbeza dari tahun tahun sebelum ini. Kesan nya begitu mendalam di hati ini, adik adik baru memberi kesan yang besar kali ini. Kenapa ya? Adakah sebab mereka manja dengan ku? :) Hakikatnya mungkin hati hati mereka sedang membesar..... Ayuh, jangan lepaskan peluang untuk terus hubungi mereka!

No comments: