Saturday, September 24, 2005

Cuti-cuti Brisbane


Assalamualaikum semua, fuh, sungguh cepat masa berlalu. Sangat tak sangka tup tup dah musim spring, then musim mid-semester exams, then sekarang tiba-tiba je dah spring break. At last, ada la juga masa yg free from uni. :)

So, what's my plan for this holiday? Yay, we've got some activities to do. Semoga masa terisi dengan aktiviti bermanfaat. Setiap detik masa kita tu ada nilainya, kan. Kalau dalam sehari ada 24 jam, kita muhasabahlah diri kita sendiri, berapa byk masa kita spend utk perkara bermanfaat yang membawa amal, dan boleh mendapat pahala, dan berapa byk masa kita terbuang begitu saja atau membuat aktiviti yang tidak membawa amal. Check la balik iman masing-masing...

Kepada para daie, ingat lah bahawa cuti ini adalah masa untuk kita bekerja. Masa ini lah kita kurang rehat, kurang makan, kurang lepak, kurang berada di rumah sendiri, kurang tidur.. In fact, ini mmg ciri-ciri seorang daie pun, kan. Bukan masa cuti saja. Tanggungjawab menanti kita di depan mata. Mungkin ramai yang memerlukan kita tanpa kita sedari. Jadi, peringatan utk saya sendiri.. Kurangkan lah rehat, kurangkan lah lepak di rumah sendiri, kurangkan lah makan, kurangkan lah tidur, kurangkan lah uzlah fizikal.. Kesimpulannya, kurangkan lah membuat aktiviti yang hanya libatkan diri sendiri.

Semoga cuti ku ini terisi dan diberkati Allah... Semoga setiap detik masa yang berlalu itu bermanfaat... Semoga kita dapat mencapai matlamat yg satu iaitu mencari keredhaan Allah.



No comments: