Friday, April 02, 2004

sesal dulu pendapatan, sesal kemudian tak berguna

uwaaa, baru ku sedar dan perasan bahawa gigi ku dah jongang balik.. bukan tu jer, dah senget benget balik. gigi bawah aku dah tak sestraight dulu. tu la, sapa suruh pemalas pakai retainer. aiiishhh, kenapa la retainer tu kene bukak2, kan dah malas nak pakai. bak kata kak liza (seorg student dentistry - a dentist already actually)

kak liza : "tengok gigi salwa ni memang obvious sangat salwa penah pakai braces ek dulu?

aku: ah ah, mmg kak liza ni terror..

kak liza menjawab: tapi ni mesti salwa tak pakai retainer ek? sbb nampak gigi salwa dah tak tersusun kat bahagian bawah. gigi kita ni selepas je pakai braces, ia masih tak kukuh, jaw kita masih boleh bergerak-gerak. itu la kene pakai retainer supaya gigi tu tak lari balik macam asal (jongang ler ni)".

pastu aku tanye balik kat die : "so, apa perlu dilakukan? boleh tak kalau nak sambung jer pakai retainer balik (sambil berpikir - gile lame aku stop pakai retainer)?".

then, kak liza memberi jawapan yg sedikit sebyk menyesalkan aku : "kalau kes camni dah tak leh nak cover guna retainer jer. kene mula from scratch balik. it means kene pakai braces balik laa".

::: aku pon terbayang-bayang saat-saat masa nak mula mula pakai braces. nampak nya, kene la aku lalui balik saat-saat tu which took me 3 years to wait until i am allowed to use retainer. uwaaa, tapi this time hopefully tak la lama sangat. nanti tak boleh makan chewing gum dah. (chet, macam la aku ikut sgt ckp orthodontist aku dulu) tapi, comel gak kan kalau pakai braces balik. cuba tengok rakan kita cik fazz n najwa. ok jer derg. hehehe. aku kene pikir ni bila la aku nak pakai balik braces. masa keje kot probably (konon nak guna duit sendiri la. heh)

::: bottom line: sesapa yg rajin tolong sepak kan pipi aku. sapa soh malas sangat dulu. kan dah jadik camni. kesian orthodontist aku dulu ( Miss Gan yang garang rase nyer nama die), penat jer die.. aku pon penat gak per.. uwaaaaa..

No comments: