Monday, August 16, 2004

hari ini.. semalam.. esok..

sabar la wahai sahabat ku. bukan senang manusia nak berubah apatah lagi di usia remaja camni. lagi diprovoke, lagi menjadi-jadi. lagi diajak, lagi menjauhkan diri. lagi ditegur, lagi dibuat. mungkin perkara ini ambil masa. kita pon kena la bersabar.. memang hamba tahu masa semakin singkat. hamba sedar akan perjuangan yang mesti diteruskan. hamba tahu sudah ramai orang terhenti di tengah jalan. hamba tahu ada yang sudah tersungkur. tapi, yang tersungkur mungkin boleh berlari semula sekiranya Dia mengizinkannya. yang terhenti mungkin mampu bangun semula sekiranya kuat semangatnya. yang belum pernah bergerak mungkin mampu bergerak walaupun sikit sekiranya betul cara nya. wahai sahabat, hamba sedar hamba insan yang lemah. oleh itu, bagi la hamba peluang lagi untuk terus berusaha walaupun hamba sedar hamba bergerak sangat perlahan. dan bagi lah manusia masa untuk bermula dan berterusan. sahabat ku, bersabar la, jangan gopoh. ambil masa dan fikirkan langkah terbaik untuk menang. kaji sejarah dan latar belakang, fahamkan, dan susun strategi. jangan cepat merungut, jangan mudah putus asa. teruskan usaha, hamba yakin bahawa sahabat ku ini pasti akan berjaya. Insya Allah..

doa dari sahabat mu.. amin..

No comments: