Tuesday, October 05, 2004

Aku Sebuah Kereta

namaku Meteor. nama bapa ku Ford. aku dilahirkan di sebuah kilang pada kira-kira 22 tahun yang dulu. bersama ku ketika itu ada kawan-kawan yang lain. aku berwarna kuning air atau dikenali sebagai 'cream'. aku kira badan ku agak lawa berbanding kawan yang lain. satu hari aku dibeli oleh seorang wanita. setelah agak lama aku berkhidmat kepada nya tetapi, tiba-tiba ada beberapa orang gadis datang berjumpa dengan nya. dan mereka membelek-belek badan ku. ahh, aku malu. =p aku tertanya-tanya, kenapa mereka berminat sangat dengan ku? adakah kerana aku cantik? setelah beberapa lama kemudian, aku dapati diriku telah dibawa oleh 4 orang gadis. yea, mereka tuan baru ku!!!



huhuhu.. malas dah nak sambung.. rindu lak nak buat karangan autobiografi cam zaman skolah dulu-dulu. btw, kenapa ek kau dibeli masa tu? sebab kau sangat diperlukan. sekarang, kau dah sangat berjasa kat kami. kami sangat bersyukur mempunyai kau. kalau kau baik, kau jangan la buat hal ok. kau jaga la diri baik-baik walaupun kau dah tua. sebab kami pon sayangkan kau wahai kereta. banyak manfaat kau beri kat kami. kau telah menjadi alat utama untuk kami bekerja dan bergerak ke sana sini. sayang kau!!! ok la 049HPH, selamat ulang tahun ke-6 (bulan). hehe.

entry ini adalah tribute especially kat kereta tua berjasa ni sempena kena renew rego hari ini..


No comments: