Friday, November 25, 2005

Warkah Terakhir Buat Adik ku,

Adik tersayang,
Ku kira adik sudah faham akan tugas kita,
Untuk sampaikan kebenaran dan menghalang keburukan.

Ingatkah adik ku,
Bahawa hak dan batil perlu dipisahkan,
Ia tidak boleh disatukan.

Ingatkah jua wahai adik ku,
Bahawa kita hendaklah masuk ke dalam Islam sepenuhnya,
Dalam dunia ini hanyalah ada dua pilihan,
Iaitu Al-Quran atau syaitan,
Akal atau nafsu,
Hak atau batil,
Baik atau buruk.

Cuba ingat kembali akan analogi berdiri di antara dua sungai,
Kita akan nampak sangat buruk jika cuba untuk berjalan dengan dua belah kaki di tebing yang berasingan,
Kita juga boleh lemas atau tersungkur pabila sungai semakin luas,
Buruk kan jalan terkengkang,
Dua-dua pihak akan tertawakan kita :(

tiada pilihan di tengah tengah kan adik,
It's either yes or no?

It's just the time for you to decide, dik..
Sebelum masa mencemburui kita,
Atau sebelum Allah menarik hidayahNya,
Pilih lah antara satu,
Do not delay anymore.

Jika adik perlukan sokongan,
Bantuan dan kasih sayang ku hulurkan.

Walaupun kita rasakan membuat pilihan yang lebih baik itu satu cabaran, satu kesusahan,
Tapi ingatlah adik ku, ganjaran nya sangat besar di sisi Allah.
Jangan takut dengan neraca dunia,
Dengan ejekan orang, dengan pandangan serong,
Apalah ada dengan dunia ni, di akhirat sana lebih bahagia.

Akhir sekali, pilihlah adik ku,
Syurga atau neraka?
Itulah ending kita.....

No comments: