Thursday, September 20, 2007

Perang finally berakhir..

Hari ke 7 berpuasa di bulan Ramadhan, aku sudah berperang. Berperang dengan siapa? Syaitan yg direjam sedang dikurung..

Diriwayatkan dr Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah bersabda:
Apabila tiba bulan Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup pintu-pintu neraka serta syaitan-syaitan dibelenggu..

So, dengan siapa aku berperang semalam? Perasaan ku bergelojak.. After berbuka puasa bersama my colleagues + bosses semlm, langkahku berat sangat utk ke masjid bersolat terawih. Sedangkan awal-awal lagi ku sudah plan untuk berjumpa dengan seorang adik di surau sebuah kampung. Di saat itu, memang terasa berlaku tarik marik antara hak dan batil, quran dan al-hawa (nafsu), islam dan jahiliyyah. Namun, akhirnya.. ku fikir ku tewas. Kerana kaki ku menekan laju pedal minyak terus pulang ke rumah...

Owh, perang masih berlaku sebenarnya, ku masih sedang berperang dengan diri ku sendiri..
Sesampai di rumah, housemate menegur 'tak pegi terawih di masjid mlm ni?' Masya Allah, aku baru perasan, minggu ni, hampir setiap hari aku tiada di rumah semasa waktu berbuka, hak housemate terhadapku terumbang ambing.. Lalu, Allah sedang memberi peluang utk ku tunaikan hak terhadap housemate ku..

Allah Maha Penyayang.. Ku terus tersenyum dan menjawab.. 'tak, baru balik ni. Nak solat sekali? Jom? Kita solat Isyak dan terawih berjemaah sekali ya'. Lalu dia menjawab. 'ok, kat bilik salwa la, besar sikit..' Jauh di sudut hati, ku terus bersyukur.. Ku tetap menang dalam peperangan tadi. Ramadhan bulan latihan, banyak mengajar erti peperangan (dengan nafsu/diri sendiri), Ramadhan bulan memupuk silaturrahim, platform yg baik utk start bina hubungan dengan sesiapa sahaja, atau pun mengeratkan lagi hubungan sedia ada.. Ramadhan bulan penuh keberkatan, penuh rahmat...


it's not too late to wish, marhaban ya Ramadhan...

6 comments:

Unknown said...

"Ini Wilayah Ramadhan"

Kalau korang bekerja/belajar di KL mungkin korang tak biasa melihat perkataan "No Network" di skrin handphone, ataupun bar signal berada pada tahap kosong. Namun bagi kitaorang yang berada di Bintulu, perkara ini memang menjadi kebiasaan.

Tapi yang pastinya bagi mereka yang tinggal di sekitar KL, Malaysia pasti akan ternampak iklan "Ini Wilayah Celcom" di billboards jalan raya.

Jadi izinkan aku bawa berita gembira kepada semua para muslimin seluruh Malaysia. Bermula pada hari Khamis ini, line/signal/coverage korang semua pasti akan berada pada tahap maksima. No more out of coverage area! Ini aku boleh bersumpah...

In fact bermula pada malam Rabu lagi, para pekerja yang bersayap dah bersiap siaga untuk pasang billboard iklan "Ini Wilayah Ramadhan". Sebenarnya fenomena ajaib ini bakal berlaku di seluruh dunia. Yang lebih menggembirakan, bukan line korang dengan orang yang korang cintai akan clear. Bahkan line kita dengan Pencipta Cinta itu sendiri akan clear, tanpa 'noise'.

Jika selama ini korang rasakan bahawa korang punya talian dengan Allah tidak begitu baik, lemah dan menyedihkan. Insya Allah bermula Khamis ini, korang akan rasakan bahawa hubungan istimewa itu akan bertambah baik. Kerana jika selama ini gelombang korang mungkin hanya tersekat di langit, tetapi bersedialah, Rabu ini pintu langit akan terbuka luas! Dan ini bukan janji aku, tetapi ini janji Rasul kita...

Memang diakui bahawa adakalanya, kita rasa terperangkap dengan segala perangkap dimensi dunia. Terperangkap dalam dimensi 'space' dan 'time'. Sedangkan akhirat itu di sana, bukan di sini. Namun Allah itu Maha Mencintai. Dia telah sediakan 'window' yang tersangat istimewa bagi kita semua untuk menerobos keluar dari dimensi ini. Dia telah sediakan 'window istimewa' bagi dimensi ruang (3rd dimension) di Baitullah Al-Haram. Dia telah bukakan "window istimewa" buat beberapa jam di dua pertiga malam setiap hari. Dan lebih menakjubkan, tawaran khas selama 30 hari, Dia telah bukakan "window istimewa" Ramadhan untuk para hambaNya.

Hakikatnya signal dari Allah itu antara yang paling kuat dan di'amplify' semasa Ramadhan. Jika masih tiada line, maka usahlah menuding jari lagi. Itu bukan masalah coverage dan noise(syaitan). Itu adalah masalah hati yang gagal berperanan sebagai receptor yang baik. Hati itu perlu dibaiki, di'fine-tune' ke frekuensi yang betul, agar dapat menerima pancaran Ilahiyyah.

sebagai penutup, selamat datang ke "Wilayah Ramadhan" aku ucapkan buat semua...dan selamat mencari hakikat puasa buat semua sahabatku..Ramadhan Kareem..Allahu akram wallahu akram..

Ps : bergembiralah orang yang bertakwa dan terpilih untuk mengadap Ilahi pada bulan puasa…dan menderitalah orang yang berlalu bulan Ramadhan, tapi masih tidak mendapat keampunan Allah kerana gagal mendapat hakikat puasa..isk..isk..Ya Allah, tolonglah kami..

http://halaqah.net/v10/index.php?topic=1965.0

Anonymous said...

selalu berbuka di surau ke?

haniff

Anonymous said...

selalu berbuka di surau ke?

haniff

Anonymous said...

sawa dah start update balik eh.. :) best dpt baca.. missing u babe! -aishah-

Anonymous said...

hey salwa, haven't visit ur blog for a looonngg time. ko pun mmg dh lama x update kan? anyway, selamat ramadhan to u too...

salwabee said...

kak zaiti -> jazakillahu khairan..

haniff -> surau tak pernah lagi, masjid kadang2.

aishah -> finally, :) lama tak blog, rindu jugak. i miss u too dear.. fillah..

cyan -> salam cyan!!!! aku update dah ni. hehe, tp ikut mood gak. miss u cyan!