Wednesday, September 15, 2004

teratak ku..

Satu ketika di satu hari, sedang bapa saudara ku meneruskan kelas harian mengaji nya di hadapan anak-anak muridnya, aku duduk di satu sudut di teratak berbudi sambil menyirup kopi.

Dan tiba-tiba terlintas di fikiranku, "Boleh tak kalau aku hanya duduk saja di teratak ini dan teruskan mengaji sampai ku khatam beberapa kali dan ulang dan ulang saja bacaan ku sampai aku yakin aku boleh mengajar orang lain pulak. Lepas tu, aku rasa bagaikan mahu terus menetap di teratak itu selamanya dan tinggalkan sekolah ku, tinggalkan semua yang mengikat ku dan lupakan apa yang ada di sekeliling ku kecuali aku dan teratak itu dan isi di dalamnya yang sungguh berharga."

Kemudian aku berdiam diri sejenak.

Aku menyambung,"ahh, sanggupkah aku menghadapi dunia luar yang penuh pancaroba sebab jika aku hanya menetap di teratak itu kan senang, bapa saudaraku ada. sepupu-sepupu ku ada".

Aku masih berfikir. Aku masih terus berfikir. Akhirnya, aku membuat keputusan untuk tabah menghadapi segala dugaan yang bakal ditempuhi. di samping itu, tugas aku sebagai khalifah di muka bumi ini untuk membawa aku dan orang lain ke jalan Allah. kalau aku tak keluar, bagaimana aku nak menyampaikan apa yang aku sudah pelajari.

Lagipun, aku ingat Allah ada berkata yang Dia tidak akan menguji hamba Nya selagi mana hamba Nya mampu untuk menempuhnya. Sesungguhnya Allah Maha Pencipta dan Penyayang.



~hasil nukilan: awlasitairus '04~




No comments: