Tuesday, October 18, 2005

Jom Ambil Pengajaran


Saya perolehi cerita ni dari satu blog when I was blog-hopping. Cerita ini mungkin benar, mungkin tidak. Kalau ia direka sekalipun, yang penting kita tengok pengajarannya. Niat mereka mungkin betul, mahu beribadat dan menambah amal, serta mengambil manfaat di bulan Ramadhan ni, tapi cara yang digunakan tidak mengikut syariat Islam. Dari ingin menambah amal, it leads to the other way around. Kita takut bila tiba masa malaikat menghisab pahala dan dosa kita, tengok tengok lebih berat ke dosa. Nauzubillah min zalik. Itu yang kita tak nak, kan. Jom ikuti cerita ni dan ambil yang baik k. Nanti kita sama-sama check balik diri kita sendiri, kalau kita banyak beramal, teruskan. Moga istiqamah sekalipun bukan di bulan Ramadhan. Kalau tak, kita cuba betulkan diri kita, check balik niat kita, dan try to improve and change to the better. Sekiranya kita ikhlas, insyaAllah amalan kita akan diterima. Let's do it together gether k. :)

Lelakiajnabi bersama Teman, serta Kawan, dan Taulan dan orang sewaktu dengan mereka, beria-ia menyambut bulan Ramadhan. Alhamdulillah, masya-Allah! "Mari kita buka puasa dekat rumah Wanitabukanmahram," Teman pun berkata. "Bagus2, kita boleh tarawikh sekali. Kawan menambah, " Buat secara jemaah pahala pun banyak."
Wanitabukanmahram bukan kepalang gembira nak menyambut tetamu. Persiapan buka puasa tak menang tangan nak menyediakannya, bubur hitam, nasi beriani, punch cordial semua ada. Mudah-mudahan banyak pahala, mengundang tetamu ke rumah, bukankah mengundang malaikat juga. Wanitabukanmahram mungkin menghayati salah satu hadith dalam compilataion hadith 40 Imam Nawawi, "sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari kiamat, hendaklah dia memuliakan tetamunya."
Gadisgatal turut membantu, menghamparkan kain saprah untuk letak makanan, boleh buat halaqah duduk bersila sama2 sambil menikmati juadah rezeki daripada Allah. Wanitaajnabiah menelefon Lelakiajnabi, "Kenapa tak datang2 lagi ni, magrib dah nak masuk, tak elok lewat2kan buka puasa, nanti solat maghrib jemaah pun jadi lambat pula," Lebih kurang hampir waktu maghrib, Lelakiajnabi serta Teman, Kawan, Taulan dan orang2 sewaktu dengan mereka sampai ke venue rumah untuk diimarahkan dengan pelbagai ibadat sunat bulan puasa.
Teman berseloroh, "Banyaknya makanan, semoga Allah murahkan rezeki korang." Lalu PC Wanitaajnabiah mengumandangkan azan. Semua orang dah ada kurma di tangan, ikut sunnah Nabi makan makanan yang tak dibakar atas api, dan dahulukan makanan yang manis2. Kawan mendahului dengan baca doa lalu diaminkan bersama2. Doa yang minta barakah pada rezeki mereka, dan meminta dijauhkan daripada api neraka. Gadisgatal memperi nasihat, "Jangan kotorkan saprah ni ye, nak buat alas solat kejap lagi, sejadah tak cukup, ramai pula orang datang nak berjemaah. Sempit rumah ni, takut berselisih pula saff lelaki dan perempuan semasa sembahyang nanti." Semua orang angguk2 sahaja, sambil terus makan juadah.
Taulan mendahului orang lain untuk mengambil wudhuk, serentak dengan itu Wanitabukanmahram pula baru keluar bilik air. Terlanggar pula dengan Taulan, "Awak ni, habis batal air sembahnyang saya tau. Dah kena ambil sekali lagi," Wanitabukanmahram mencebik. Taulan sengih. Usai semua orang bersedia untuk bersolat, Lelakiajnabi beriqamat, Teman menjadi Imam. Sedap bacaannya, tak rugi dia menghafal semasa sekolah. Tajwid semua lengkap, siap taranum 7 lagu. Pernah menang pertandingan musabaqah juga agaknya. Semua khusyuk tunduk bersembahyang.
Selepas solat maghrib jamaie, Gadisgatal bingkas bangun, "Kita makan desert pulak ye, sambil2 dengar tazkeerah, siapa punya turn nak kasi tazkeerah?" Teman tersengih, di tangan ada helaian kertas yang baru retrieve dari internet. Tazkeerah mengenai "fadhilat solat tarawikh malam ke 9". Lelakiajnabi berkat pengalaman pernah belajar dekat sekolah agama agaknya, menegur Teman, "Ni fadhilat2 ni bida'ah kau tau tak." Teman sengih memanjang, "Tak pe lah tak de tazkeerah malam ni."
Sementara tunggu isyak, mereka menjamah dessert, sambil merapatkan ukhuwah, ta'ruf lilin dalam rumah yang memang cahayanya malap2, berkongsi kisah hidup pengalaman lalu. PC mengumandangkan azan lagi. Taulan pula jadi muazzin, semua yang lain akur menyahut iqamat. Lelakiajnabi pula jadi imam. Usai isyak terus tarawikh, ikut nabi 8 rakaat sahaja yang dibuat berjemaah, kemudian witir.
Selesai solat, mereka bersalaman, Wanitaajnabi bersalam dengan Teman dan bertukar2 semua orang sehingga sempat bersalaman dengan semua orang, sama2 mengikhlaskan memohon maaf andai ada salah silap. Bulan baik ni, sama2 cari pahala kata mereka. Taulan bingkas berkata, "Tak de moreh ke?"

Gadisgatal bersorak, "Jom pergi makan aiskrim dekat Lay-Gone". Wanitabukanmahram, "Saya belanja!" Nak dapat pahala lebih katanya, ikut sunnah Nabi lebih banyak bersedekah di bulan puasa. Semua setuju belaka, kopiah tak tertanggal. Berjalan bersama2, secara berjemaah, mengakhirkan malam ke 9 bulan Ramadhan mereka dengan liqa' rapatkan ukhuwah.

Wallahua'lam.

No comments: