Monday, July 25, 2005

Berjalan Melihat Mentafsir

Berjalan melihat jalan
Yang tercengkam
Kerana dua halangan
satu keegoan dua kesempitan
Pahit kita tempuhi bersama
Tiada pernah dipinta

Kita teruji hingga menghinakan
Kita tersimpul hingga melupakan
Hubungan yang telah lama ada

Padamkan segala api
Yang bisa membakar kita
Tanamkan benih mahmudah
Yang suburnya membawa erti


-nowseeheart-

Sepanjang cuti ni, memang ku banyak berjalan. Tapi, Insya Allah bukan berjalan kosong semata-mata nak memenuhi cuti musim sejuk. Ku berjalan menimba ilmu dan pengalaman. Ku dipertemukan dengan pelbagai pilihan jalan, tapi hanya ada satu jalan yang patut kita tujui, ianya sudah jelas. Moga jalan yang dipilih kita ini dipermudahkan..

No comments: