Monday, August 29, 2005

A Lesson For Today: Tukang Fitnah


[1] Binasalah kedua-dua tangan Abu Lahab dan binasalah dia bersama [2] Tidaklah berfaedah hartanya dan segala yang diusahakannya [3] Kelak dia akan menderita dalam api neraka yang marak menjulang [4] Dan juga isterinya, pembawa kayu api [5] Di lehernya sejenis tali, dari tali-tali yang dipintal [Al-Masad:1-5]

Dalam banyak-banyak orang jahat, Abu Lahab has been the one that Allah mentioned in the Quran. Betapa jahatnya dia sehingga Allah turunkan ayat tentangnya dan balasan yg akan dia perolehi. Bukan setakat dia seorang, isteri dia pun jahat, malah lebih jahat darinya. Nak tau apa dia buat? Masa zaman Nabi dulu, isteri Abu Lahab ni or known as Ummu Jamil ni yang sebar-sebarkan fitnah tentang Nabi Muhammad to the public. Dia juga yang buruk-burukkan Islam dan kaum Muslim, malah menjadi batu api and melaga-lagakan orang suruh menentang Rasulullah. Dia penyebar fitnah paling berjaya lah kiranya.

Having said that, these ayats can also be applied today. Lately, ramai sangat orang yg menentang Islam, memburuk-burukkan, dan menyebarkan fitnah/menda-menda yang tak betul. Yang peliknya, ada juga orang Islam di sekeliling kita sendiri yang menentang Islam. Tak faham la saya. Islam memang terang-terang dan pasti berada di jalan yang benar, tapi kenapa taknak akuinya. Kenapa masih tak percaya akan azab Allah? Nak ke dihukum dan dicampakkan ke neraka macam Abu Lahab dan isteri? Nak ke menjadi kayu api di neraka dan membakar diri sendiri? Nauzubillah min zalik..

Image hosted by Photobucket.comImage hosted by Photobucket.com

Kepada para pembaca, bertaubatlah kita sekiranya kita sedar sekarang. Sementara Allah masih memberi hidayah kepada kita, terimalah. Allah itu Maha Pengampun.



"Ya Allah, ampunkan la dosa kami, kedua ibu bapa kami, adik-beradik kami, dan seluruh umat Islam yang lain.."


- Btw, siapa nama sebenar isteri Abu Lahab ye? Tak teringat plak saya..

No comments: